Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fedtri Yahya Jawab Isu Pembukaan Kantin Sepanjang Ramadan -“Jangan Dipaksa Untuk Berpuasa Tapi..”

by Jash Lee
April 4, 2023
Share on Facebook

Personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri bin Yahya atau lebih dikenali sebagai Fedtri Yahya, merupakan seorang pengacara dan penulis lirik yang hebat. Menjadi pengacara dalam rancangan jejak rasul membuatkan kerjaya beliau dapat dilebarkan lagi sehingga ke hari ini.

Fedtri juga kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di instagram, facebook , tiktok dan twitter. Fedtri juga sering memaparkan rakaman disebalik tabir jejak rasul dan aktiviti-aktivitinya yang lain. Selain itu, Fedtri juga kerap menjawab pertanyaan dari orang ramai mengenai isu-isu terkini yang menyebabkan keluarga, anak-anak serta yang berkait dengan orang beragama islam.

Utamakan Fahaman Anak Tentang Ibadah Puasa

Baru-baru ini, Fedtri menjawab mengenai pertanyaan dari individu yang namanya dirahsiakan. Dia bertanyakan kepada Fedtri mengenai pendapat tentang pembukaan kantin semasa dibulan ramadan.

“Nak tanya apa pendapat abg tentang pembukaan kantin sekolah sepanjang bulan ramadan? sekolah yang majoriti anak melayu islam. mcm mana dgn didikan kita umat islam untuk ajar mereka berpuasa sedangkan bila dtg sekolah mereka boleh makan seperti biasa. 9 tahun adakah umur yang masih kecil lagi? mohon pencerahan”-tanya mereka

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Fedtri di laman instagram miliknya dan kemudian dia berkongsikan perkara tersebut supaya menjadi rujukan kepada ibu-bapa yang lain.

“Memang perlu wujudkan suasana ramadan itu, tetapi pada peringkat umur sebegini, lain anak lain daya tahan. Mungkin ada yang sakit, ada yang tak mampu teruskan puasa- merujuk kes anak-anak yang jalan kaki ke sekolah kerana faktor tiada kenderaan, atau terlepas sahur, penjaga tak sempat sediakan makanan dll.”

“Imarah ramadan masih dapat dicapai dengan aktiviti lain seperti mengaji, program agama – ceramah, kuiz, nasyiid dan lain2. Apa yang dibuat perlu sesuai dengan kadar akal dan kemampuan mereka. W’alam.”-jawab Fedtri

VIA instagram Fedtriyahya

Manakala diruangan komen juga, ada ibu-bapa yang memberikan pendapat mengenai perkara itu.

“Jika belum cukup umur, jangan paksa anak untuk puasa tapi paksa anak untuk belajar solat”-tulis mereka

“Kalau saya paling penting 9 tahun solat utamakan dulu, lepastu baru belajar puasa.”-tambah mereka

VIA instagram Fedtriyahya

Apa-apa pun, utamakan yang penting dulu, dan puasa bukan sesuatu yang boleh dipaksa untuk umur yang masih muda akan tetapi ianya boleh dipupuk dengan mengajarkan mereka kelebihan-kelebihan berpuasa. Selain itu, dengan memberi ganjaran sekiranya mereka berpuasa penuh juga adalah sebagai cara memupuk minat mereka untuk senang melakukan ibadah puasa untuk masa akan datang.

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

Apa kata anda?

Ahmad Fedtri Yahyajejak rasulkantin sekolahramadan
https://lomp.at/f0wm0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore