Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Ferrari Mengamuk Di SS15: Penjelasan Terkini Dari Pemilik, Owner Jenama Streetwear Popular

by Phic ARMAN
January 12, 2026
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Sosial media sejak semalam memang ‘berapi’ bila tular satu video memaparkan insiden road rage melibatkan sebuah Ferrari merah di kawasan SS15, Subang Jaya. Video itu memaparkan seorang lelaki yang didakwa mengejar serta menghalang pemandu lain selepas dipercayai tidak berpuas hati kerana dihon ketika sedang berdiri di jalan.

Individu berkenaan kemudian dikenal pasti sebagai Tan Jia Hui, salah seorang co-founder dan managing director jenama streetwear terkenal, Stoned & Co.

View this post on Instagram

Stoned & Co. Umum Penggantungan Serta-Merta

Tidak tunggu lama, pihak Stoned & Co. segera mengeluarkan kenyataan rasmi. Menurut mereka, Tan digantung daripada semua tugas berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dalaman dijalankan.

Pihak pengurusan turut menegaskan bahawa perlakuan dalam video tular itu tidak mencerminkan nilai, budaya atau standard profesional yang dipegang syarikat.

Dengan kata lain, Stoned & Co. mahu memastikan jenama mereka tidak dikaitkan dengan tindakan peribadi yang mencetuskan kemarahan ramai.

Tan Mohon Maaf Secara Terbuka

Dalam perkembangan berasingan, Tan turut tampil mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. Beliau mengakui seharusnya tidak bertindak secara emosi.

Beliau turut menafikan dakwaan netizen yang menganggap kejadian itu sebagai gimik pemasaran, menegaskan ia “BUKAN publisiti stunt.”

View this post on Instagram

Cuba Hubungi Mangsa, Tapi Tak Berjaya

Tan turut memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah cuba menghubungi individu yang terlibat bagi memohon maaf secara peribadi serta menawarkan bayaran ganti rugi atas kerosakan kereta, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

Beliau menutup kenyataannya dengan menyatakan rasa syukur kerana menerima peringatan untuk sentiasa bertindak dengan penuh sabar dan hormat, selain memohon maaf sekali lagi kepada semua yang tersinggung.

Tan Jia Hui
https://lomp.at/mcxln
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

“My One & Only Husband”- Vie Shantie Khan Tamatkan Isu Nikah Dengan Gabenor Aceh, Mualem

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Sejak beberapa hari ini, nama Datin Sri Vie Shantie Khan memang tak lekang dari mulut netizen. Satu video akad nikah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Michael Ang Syak Ada ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Rex Tan

by Phic ARMAN
January 15, 2026

Pengarah dan personaliti terkenal, Michael Ang, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Dalam dunia media sosial yang penuh dengan cabaran trending, jarang kita lihat seorang puteri diraja turut sama mencuri perhatian. Itulah...

Read moreDetails
Insentif

Tak Perlu Tunggu Sakit, Program Saringan Percuma Wanita Johor 2026 Kini Aktif

by Ayu Kamaruddin
February 26, 2026

Berita baik buat semua wanita Johor, ini peluang yang memang worth it untuk kesihatan diri sendiri. Di bawah Belanjawan Johor...

Read moreDetails
Sosial Buzz

4 Hal Yang Perlu Anda Tahu Tentang JustGO, Bayar Tol Guna Nombor Plat. Berkesan Ke?

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Dunia tol Malaysia nampaknya bakal masuk fasa baharu! Lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi JustGO Malaysia yang menggunakan teknologi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore