Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem Halimun Bukan Seram Semata-Mata

by Arsiqin Yusof
October 28, 2022
Share on Facebook

Filem Halimun terbitan Azura Pictures bakal temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November hadapan. Filem bergenre seram ini bukan sekadar filem elemen seram semata-mata, tetapi turut mengetengahkan kisah mistik dari sisi berbeza. Filem yang berdurasi 115 minit ini turut dipadatkan dengan elemen emosi kasih sayang dan pengorbanan yang dipaparkan menerusi watak Zahir dan Laila.

Halimun mengisahkan tentang Zahir yang berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membawanya untuk meminta bantuan sahabat lama, Adi iaitu seorang penyelesai masalah para normal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.

Gabungan Pelakon Hebat

Halimun membariskan gabungan pelakon daripada pelbagai lapisan umur seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis Azizi. Menariknya, pelakon hebat Beto Kusyairy buat pertama kali melakonkan sendiri aksi lagak ngeri dalam filem ini dengan pemantauan dari pengarah aksi lagak ngeri profesional bagi babak terbakar. Manakala, bagi menjayakan karakter Laila, Nabila telah diminta pihak pengarah untuk menjadikan salah satu watak dalam filem antarabangsa, Posession (1981) sebagai rujukan. Bagi watak Adi (lakonan Kodi Rasheed) adalah diinspirasikan dari watak novel seram ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ iaitu watak Tamar Jalis.

Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun. Beliau mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan lakon layar filem ini dengan menjadikan novel seram tempatan dan filem seram antarabangsa sebagai rujukan.

Bagi skor muzik Halimun telah dihasilkan oleh Pemenang Skor Muzik Asal Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Reinchez Ng dan bagi penataan bunyi Halimun dihasilkan oleh Mohsin Othman yang merupakan calon Penataan Bunyi Terbaik untuk dua filem di Festival Filem Malaysia ke-31.

Sementara itu, poster rasmi Halimun memaparkan imej aneh apabila diterbalikkan. Konsep ini dikenali sebagai konsep ilusi Thatcher.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Halimun, Shafiq Haszerry Ahmad Jaffri, berkata, pihak Azura Pictures berasa teruja dengan pembikinan filem Halimun yang melibatkan barisan pelakon dan tenaga produksi yang hebat.

“Kami di Azura Pictures amat teruja dengan pembikinan filem ini di mana kami telah berpeluang bekerja dengan pelakon-pelakon hebat Malaysia daripada generasi yang berbeza, dan barisan tenaga produksi dalam kalangan yang terbaik di Malaysia dari bidang masing-masing. Terima kasih kepada pihak Finas kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada kami untuk berkarya melalui Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro. Harapan kami agar segala kreativiti kami dalam berkarya menerusi naskah ini akan mendapat tempat di hati penonton,” ujarnya.

Naratif Berdasarkan Kajian

Sementara itu, Pengarah, Penulis Skrip, Idea Asal, Muzzamer Rahman pula menyentuh tentang naratif filem Halimun yang dihasilkan berdasarkan kajian.

“Naratif Halimun ini adalah kombinasi kajian, bacaan dan tontonan saya terhadap filem-filem seram yang diadun dengan peristiwa saya inspirasikan daripada pengalaman orang sekeliling saya. Menerusi naskhah ini, saya cuba tampilkan kelainan dengan mempamerkan makhluk ghaib serta menyuntik elemen ketakutan apabila orang yang kita sayang ‘ghaib’, atau hilang. Alhamdulillah filem ini akhirnya akan menemui penonton dan antara cabaran terbesar semasa penggambaran adalah masa. Filem Halimun bergenre seram jadi persediaan sebelum merakam sesebuah babak perlu teliti. Kemudian liputan dan jumlah syot juga perlu cukup untuk memastikan suasana dalam cerita dapat disampaikan melalui visual dengan baik. Saya harap filem ini dapat diterima baik oleh penonton,” katanya.

Lagu tema Halimun iaitu “Kabus” merupakan nyanyian Afif Tirmizie, hasil ciptaan dan lirik oleh penyanyi dan composer Amylea Azizan berdasarkan interpretasinya terhadap skrip Halimun.

Saksikan filem seram Halimun yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara