Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Fourtwnty “Nalar” Tour Jadi Ubat Penggemar Di Malaysia Dan Singapura

by Aphit J.
September 10, 2023
via NME

via NME

Share on Facebook

Sebuah perjuangan yang keras dan tidak mudah namun berbuah manis  dengan satu demi satu pencapaian daripada karya-karya yang digarap menjadi candu  telinga juga jiwa sehingga menelurkan album yang suatu ketika dulu hanya sebuah mimpi.

Memperkenalkan Album Ketiga

via Opsi ID

Kali ini Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga mereka yang berjudul Nalar.

Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi 10 buah lagu. Maksudnya sederhana; sentiasa,  selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar.

Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental,  Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen  juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara berdepan.

Mengadakan Siri Jelajah

via OPR Network

Fourtwnty “Nalar” Tour dengan bangga memperkenalkan siri jelajah yang menyaksikan  Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana  yang akan bertemu peminat di beberapa kawasan atau negeri terpilih.

Lebih mengujakan Fourtwnty “Nalar” Tour menyaksikan kugiran yang dikenal dengan genre  pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali memasukkan beberapa negeri di Malaysia  dalam siri rangka promosi mereka.

Sebelum Malaysia, Fourtwnty “Nalar” Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di  Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023.

Di Malaysia pula, warga Pahang, siap-siap menyambut jaguh kalian pada 13 Oktober bertempat di Stadium  Tertutup SUKPA, Kuantan.

Buat penggemar di Johor Bahru yang telah lama menantikan Fourtwnty, mereka akan berada di bandaraya ini dijadual  berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 Oktober  depan.

Fourtwnty “Nalar” Tour kemudian dibawa naik ke Utara, khususnya di Pulau Pinang pada 20  Oktober 2023 di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang

Tidak lengkap siri jelajah Fourtwnty “Nalar” Tour tanpa singgah di Kuala Lumpur. Maka siap  sedia menyambut Fourtwnty di ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023.

Turut Menghasilkan Lagu Berbahasa Inggeris

via Harian Metro

Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan  Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris iaitu High.

Ia turut diisi  dengan beberapa karya yang telah dirilis sejak 2020 iaitu Nematomorpha, Kursi Goyang dan  Mangu yang memperkuatkan isi Nalar.

Bercakap tentang mesej mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental yang  diisi dalam Nalar, Ari menyifatkan album ketiga yang dirilis ini sebagai ubat.

Jangan sampai terlupa temujanji anda dengan Fourtwnty pada tarikh-tarikh dan destinasi  yang ditetapkan.

Tiket- tiket untuk Malaysia akan mula dijual pada 5 September 2023 di www.myticket.asia

FourtwntyNalar
https://lomp.at/946k7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara