Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Gelakkan Pelanggan Berat 90kg, Live Host Qiszar Dipecat Serta-Merta

by Nurul A.
December 3, 2025
Foto - @tihanihamz_ (Threads)

Foto - @tihanihamz_ (Threads)

100
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja sebagai hos siaran langsung (live host) bagi jenama fesyen Qiszar telah mendapat kecaman dan kritikan daripada orang ramai.

Kecaman itu terjadi selepas seorang pengguna TikTok menanyakan saiz baju yang sesuai untuk individu yang memiliki berat 90 kilogram dan ketinggian 174 sentimeter.

Sebagai tindak balas, live host tersebut ketawa selepas membaca soalan pengguna tersebut di bahagian komen. Melihatkan tindakannya yang bergelak ketawa seperti menyindir berat badan pengguna tersebut telah membuatkan ramai yang mengecamnya.

Foto – @yunimahirahhh_ (Threads)

Di platform Threads, seorang penggguna media sosial tampil menyatakan kekecewaan terhadap reaksi live host. Baginya, reaksi tersebut kurang sopan, biadap dan sedikit sebanyak telah memalukan individu yang bertanyakan soalan.

“Aku ni jarang nak merentan tapi ni serius aku geram gila dengan host live Qiszar, pelanggan komen berat 90kg saiz apa. Dia ketawa eh dia ketawa dengan kawan dia. Sumpah biadap dah la tak pandai hosting kau memperlekehkan plus size macam ni.”

Foto – @wishaerynaa (Threads)

Pengguna Threads tersebut juga menggesa pihak Qiszar untuk mengambil tindakan terhadap live host yang telah menyindir berat padan pelanggannya.

“Aku ni S (saiz S), tapi aku dapat rasa kesian kan dia yang tanya tapi korang ketawakan dia! Wana siap flex berat dia 62kg pakai baju tu cantik. @qiszar please take action dekat wana dan lagi seorang. Mereka sangat biadap. Cari la host live berkualiti dan beauty with brain.”

Melihatkan kontroversi tersebut telah memburukkan imej Qiszar, pihak pengurusan jenama fesyen itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Qiszar turut memaklumkan bahawa mereka telah mengambil tindakan sejurus insiden tersebut.

Foto – Threads

Akibatnya, wanita yang bekerja sebagai live host Qiszar itu diberhentikan dengan serta-merta kerana tindakannya dianggap tidak mencerminkan nilai etika syarikat dan telah mencemarkan imej.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
qiszarqiszar 90kg
Share40Tweet25SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara