Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Gelaran ‘Datuk Seri’ Eizlan Yusoff Jadi Tanda Tanya

by Khai Azfar
October 25, 2017
Share on Facebook

Semalam, beberapa orang selebriti tanah air telah dikurniakan darjah kebesaran dari Istana Pahang sempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar.

Netizen mempersoalkan Datuk Eizlan Yusoff Menerima Gelaran Datuk Seri

Antara yang mencuri perhatian adalah Datuk Siti Nurhaliza yang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Eizlan Yusoff turut menerima darjah kebesaran dan gelaran yang sama.

Namun, disebalik pengurniaan tersebut terdapat pula komen-komen negatif dari netizen yang mempersoalkan kredibiliti Eizlan yang memperoleh darjah kebesaran tersebut. Mengambil keputusan untuk mengabaikan komen-komen negatif dan kecaman yang diterima, Eizlan lebih bersikap terbuka kerana komen-komen tersebut menurut beliau tak mampu menjatuhkan emosi seseorang.

View this post on Instagram

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Menerusi sumber Mstar,  Eizlan berharap dengan pengurniaan ini tiada lagi mana-mana individu yang mempertikaian mengenai institusi diraja yang melambangkan kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Sebelum ini, pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) lalu, Eizlan berasa kecil hati selepas hos rancangan berkenaan Zizan Razak bergurau dengan memperkatakan gelaran Datuk diterima Eizlan dan Hans Isaac mungkin dibeli.

5 Selebriti Terima Pengurniaan

Istiadat pengurniaan yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menyaksikan 5 selebriti dikurniakan darjah kebesaran. Selain Siti Nurhaliza, Eizlan Yusoff, Datuk Maria Menado turut menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.Tahniah buat semua penerima!

Peminat Kenang Momen Siti Nurhaliza Jadi Duta Maybelline Tahun 1999, - "Ini Macam Blackpink..."
adi putradatuk maria menadodatuk seri siti nurhalizaeizlan yusofjovian mandagiesiti nurhaliza
https://lomp.at/gm4hq
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Kenapa Klinik Estetik Malaysia Mahal? Netizen Banding Harga Dengan Indonesia, Terkejut Bezanya!

by Phic ARMAN
May 5, 2026

Isu harga rawatan kecantikan di klinik estetik nampaknya kembali jadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Kali ini, perbandingan dengan...

Read moreDetails
Insentif

Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan Esok Jam 10 pagi! Ketahui Cara Mudah Semak Keputusan Atas Talian

by Ayu Kamaruddin
March 30, 2026

Debaran yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal tiba! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 rasmi dikeluarkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kafe Dalam Dobi? Ini Randy’s Laundromat, Konsep Dua Dalam Satu!

by Farah Fatihah
April 5, 2026

Hujung minggu selalunya jadi masa untuk selesaikan kerja rumah yang tertangguh, termasuklah membasuh pakaian. Kebiasaannya, ke dobi layan diri hanya...

Read moreDetails
Lokal

Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal terhadap salah seorang pekerja baru di syarikatnya yang sanggup mencuri...

Read moreDetails
Spotlight

Misha Omar Tak ‘Koyak’ Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak ‘Famous’

by Phic ARMAN
April 5, 2026

Alahai… dunia artis ni memang penuh warna, ada manis, ada juga yang boleh buat hati terus “crack”! Itu yang dilalui...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara