Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026
Hari Kesihatan Mental Sedunia

Foto - Jobstreet by SEEK

Share on Facebook

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi kesejahteraan kita.

Indeks Kebahagiaan Tempat Kerja (IKTK) 2026 oleh Jobstreet by SEEK, mendapati bahawa 70% pekerja di Malaysia gembira dengan pekerjaan mereka, namun 41% alami burnout mental dan 36% berpuas hati dengan tekanan yang dialami.

Burnout boleh menjadi petanda bahawa sesuatu perlu diubah. Sebelum kamu buat keputusan, luangkan masa untuk berhenti seketika dan faham semula mesej di sebalik pengalaman diri kamu.

Tanya Diri 5 Soalan Ini Jika Mental Kamu Penat

1. Adakah saya tidak gembira dengan pekerjaan saya, atau adakah saya sukar untuk melepaskan fikiran daripada kerja?

IKTK mendapati bahawa 41% pekerja di Malaysia mengalami burnout. Pekerja yang tidak gembira dengan pekerjaan mereka juga dilaporkan dua kali ganda lebih burnout.

Adakah kamu sentiasa berasa letih, berasa berat hati untuk memulakan minggu kerja, atau sukar untuk berhenti memikirkan kerja selepas waktu pejabat?

Cara ini boleh menentukan sama ada puncanya terletak pada peranan kerja itu sendiri, beban kerja atau cara pekerjaan itu jejaskan keupayaan kamu untuk berehat.

2. Apakah punca utama tekanan saya?

Sebanyak 71% pekerja berasa keletihan mental, berbanding 35% pekerja yang berpuas hati.

Kenal pasti punca sebenar tekanan itu, adakah disebabkan oleh beban kerja, keutamaan yang tidak jelas, tarikh akhir tugasan tidak realistik atau kamu sentiasa dijangka untuk bersedia dalam apa jua keadaan?

Selepas tahu apa punca sebenar, lebih mudah untuk kamu nilai sama ada ia boleh ditangani atau tidak.

3. Selain gaji, adakah pekerjaan saya memberikan sebab untuk saya terus bersemangat dan komited?

Tak dinafikan, gaji mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengalaman seseorang pekerja. 57% pekerja meletakkan gaji yang lebih tinggi sebagai salah satu dari lima faktor utama yang tingkatkan kebahagiaan di tempat kerja.

Tanya diri kamu, selain gaji, apakah yang membuatkan kamu terus bersemangat dan komited? Adakah tanggungjawab harian membantu kamu bergerak ke arah kerjaya yang diingini?

Kestabilan kewangan memang penting, namun pekerjaan yang bermakna dan tujuan hidup boleh pengaruhi pekerjaan itu dalam jangka masa yang panjang.

4. Bolehkah saya menjadi diri sendiri dan terus berkembang di sini?

Gen Z sering dijadikan perbincangan, di mana pekerja muda mengharapkan sesuatu yang berbeza daripada majikan mereka berbanding generasi terdahulu.

Mental

Bagi pekerja Gen Z, faktor utama menyumbang kepada kegembiraan di tempat kerja termasuk tujuan kerja (65%), tanggungjawab harian (61%), budaya syarikat (61%) dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan (58%).

Individu memasuki alam pekerjaan dengan tahap pengalaman, jangkaan dan tekanan yang berbeza, dan faktor-faktor ini boleh mencorakkan pengalaman mereka terhadap persekitaran kerja.

5. Apakah yang boleh saya cuba ubah sebelum membuat keputusan untuk berhenti?

Tempoh yang sukar di tempat kerja tidak semestinya berakhir dengan surat peletakan jawatan.

87% pekerja percaya kegembiraan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama. Pekerja boleh kenal pasti dan suarakan keperluan mereka, manakala majikan perlu wujudkan persekitaran yang bolehkan perbincangan sedemikian diadakan.

Sebelum memutuskan langkah seterusnya, pertimbangkan sama ada kamu boleh membincangkan perkara berikut dengan pengurus:

  • Beban kerja: Bolehkah keutamaan, tarikh akhir atau tanggungjawab kamu dinilai semula?
  • Fleksibiliti: Adakah aturan kerja yang berbeza dapat membantu kamu menguruskan tanggungjawab dan tekanan?
  • Pembangunan kerjaya: Adakah terdapat laluan yang lebih jelas untuk memperoleh kemahiran baharu, tanggungjawab atau kemajuan kerjaya?
  • Tugas harian: Bolehkah peranan kamu merangkumi lebih banyak tugasan yang kamu anggap bermakna atau yang kamu lakukan dengan baik?
  • Sokongan: Apakah bentuk sokongan praktikal yang dapat membantu semasa tempoh tekanan yang berterusan?

Perbincangan sebegini tidak menjamin perubahan, tetapi ia boleh bantu kamu untuk tentukan sama ada situasi semasa boleh diperbaiki atau persekitaran kerja yang lain lebih baik untuk kamu.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, beri perhatian kepada kesan pekerjaan terhadap kesejahteraan kamu. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
burnout di tempat kerjahari kesihatan mental seduniakesihatan mental
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
LifeXplore

Bacaan Yasin Untuk Allahyarhamah Tun Siti Hasmah Di Roblox Curi Perhatian

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Siapa sangka platform yang selama ini sinonim dengan avatar, game dan dunia virtual pula menjadi lokasi anak muda berkumpul untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan!

by Phic ARMAN
August 13, 2026

Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu? Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Tawar Tambang Menarik Ke 60 Destinasi, A350 Kini Terbang Setiap Hari Dari KL

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sudah lama simpan impian nak bercuti ke Eropah, Timur Tengah atau destinasi jauh? Tiket belum book sebab harga macam selalu...

Read moreDetails
LifeXplore

Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

by Phic ARMAN
September 5, 2026

Siapa sangka, Bella Astillah yang biasanya kita lihat di atas pentas kali ini ‘bertugas’ pula di belakang kaunter bubble tea?...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik 5 Anak Tangga, Malaysia Airlines Kini Antara 3 Terbaik Kru Kabin Dunia

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Kita semua pasti bangga melihat wau bulan Malaysia Airlines di langit, tapi kali ini ada sebab untuk tepuk tangan lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Bermula Dengan RM250, Asyraf & Nazrin Kini Bawa Syed Saddiq Bersama Larenme

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Bermula dengan RM250, siapa sangka ia akhirnya membawa kepada sebuah agensi yang kini mempunyai lebih 15 kakitangan? Itulah perjalanan Pengarah...

Read moreDetails
LifeXplore

JAECOO J5 EV Baru Sahaja Dilancarkan di Malaysia, Ini 5 Perkara Bakal Pemilik Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Nak beralih daripada kereta petrol kepada EV tetapi masih tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang aku dapat?” Baru sahaja dilancarkan, JAECOO J5...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
Rasa Kita, Cerita Kita
LifeXplore

“Rasa Kita, Cerita Kita”- Luckin Coffee & Kisah Bawah Tanah Bersatu Sempena Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 16, 2026

Sempena bulan patriotik ini, Luckin Coffee mengumumkan kolaborasi patriotik bermusim bersama Kisah Bawah Tanah, siri animasi dewasa pertama di Malaysia...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara