Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

by Naja Nix
March 19, 2026
via Thread /@iykabhrddn

via Thread /@iykabhrddn

Share on Facebook

Perjalanan pulang ke kampung sempena musim perayaan sekali lagi menjadi topik hangat apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman tidak sempat bersahur seperti dirancang gara-gara kesesakan di luar jangkaan.

Menerusi satu perkongsian di Thread, individu tersebut memaklumkan mereka bertolak seawal jam 3 pagi dengan harapan dapat bersahur di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Namun, perancangan itu tidak menjadi apabila kenderaan terperangkap dalam lalu lintas yan luar biasa.

Lebih mencabar apabila, apabila mereka akhirnya berhenti di sebuah stesen minyak sekitar jam 5:30 pagi, kebanyakan makanan telah habis dijual. Hnaya tinggal sedikit pilihan makanan segera. cukup sekadar mengalas perut.

Situasi ini jelas menggambarkan betapa luar biasanya pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung lebih awal, khususnya ke kawasan Pantai Timur.

Fenomena Balik Awal Yang Semakin Biasa

Perkonhsian tersebut mencerminkan satu trend yang semakin ketara saban tahun iaitu di mana orang ramai memilih untuk pulang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Namun, ironinya, tindakan serentak ini akhirnya tetap menyebabkan lebuh raya sesak.

Walaupun pelbagai strategi telah dirancang, realitinya keadaan trafik masih sukar dijangka. Malah, ada yang berpendapat bahawa walau sebaik mana perancangan dibuat, risiko terperangkap dalam kesesakan tetap tinggi.

Rata-Rata Kongsi Tips & Realiti

Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman serta tip berguna hasil pengalaman sendiri berulang-alik setiap tahun:

  • Persediaan makanan awal sangat penting
    Ramai menasihatkan agar membawa bekalan sendiri kerana kawasan hentian sering kehabisan stok ketika musim puncak.
  • Kurangkan kebergantungan kepada hentian rehat
    Ada yang memilih untuk bersahur dalam kenderaan bagi menjimatkan masa.
  • Sediakan keperluan asas dalam kereta
    Air, plastik sampah, dan kelengkapan kecemasan.
  • Elakkan pembaziran masa beratur
    Ada yang terus merancang perjalanan tanpa berhenti kecuali kecemasan.
  • Kesedaran kebersihan
    Netizen turut mengingatkan agar tidak membuang sampah merata-rata sepanjang perjalanan.
Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

Selain itu, ada juga yang berkongsi laluan alternatif serta strategi perjalanan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun, namun mengakui kesesakan tetap sukar dielakkan sepenuhnya.

via Thread /@fadhaadriana
via Thread /@amrullh
via Thread /@shikin_nikiysa
via Thread /@abejntpencen

Perancangan Penting, Tetapi Fleksibiliti Lebih Kritikal

Perancangan perjalanan memang penting, namun fleksibiliti dan persediaan mental juga memainkan peranan besar.

Dalam situasi luar jangka seperti kesesakan ekstrem, kemampuan untuk menyesuaikan diri menjadi kunci utama.

Orang ramai juga disarankan untuk:

  • Membawa bekalan makanan secukupnya
  • Mengisi minyak kenderaan lebih awal
  • Menyediakan keperluan ibadah
  • Sentiasa menjaga kebersihan sepanjang perjalanan

Pengalaman Jadi Pengajaran Bersama

Kisah ini bukan sekadar luahan, tetapi refleksi realiti yang dihadapi ramai setiap kali musim perayaan. Ia menjadi peringatan bahawa perjalanan jauh bukan hanya soal destinasi, tetapi juga bagaimana kita bersedia menghadapinya.

Akhirnya, dalam keterujaan pulang ke kampung halaman, aspek perancangan, disiplin dan tanggungjawab bersama di jalan raya harus sentiasa diutamakan.

balik kampung balik rayakesakan jalan rayalebuh rayaPantai Timur
https://lomp.at/krkf3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar....

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) Dibuka! Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi RM50 Sebulan Untuk Yuran Tadika Anak

by Ayu Kamaruddin
March 17, 2026

Kerajaan Negeri Selangor terus komited membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Terbaharu, Skim Bantuan Tadika Selangor...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Tolak Stroller Anak di MITEC Tak Salah, Ini Nasihat Warganet Leraikan Pergaduhan di Threads

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri, suasana membeli-belah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semakin meriah… dan sesak! Orang...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Niat Baik Bertukar Kecoh, Wanita Cedera Dipercayai Dirempuh Orang Ramai Ketika Agih Angpao

by Naja Nix
February 23, 2026

Tindakan murni seorang wanita yang ingin berkongsi rezeki sempena Tahun Baru Cina minggu lalu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila suasana...

Read moreDetails
via Babe. com. my
Sosial Buzz

Harga Premium, Portion ‘Kosong’? Pengunjung Persoal Kewajaran Juadah Berbuka Di Acara

by Naja Nix
March 18, 2026

Satu perkongsian di platform Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengunjung meluahkan rasa kecewa terhadap hidangan berbuka puasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara