Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Gilalah, Nasi Lemak RM0.90 Sen…., Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Share on Facebook

Atas prinsip meraikan keinginan serta cita rasa kaum di Malaysia khususnya, pemilik premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah RM0.90 sen.

Tidak hanya di situ, jenama restoran dan makanan yang sering tular di media sosial bertemakan Citarasa Hotel, Harga Warong itu juga dilihat menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna khususnya golongan B40.

Mercu tanda kafe Pak Mat Western di Bukit Mertajam Penang

Ia dilihat sejajar dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, baru-baru ini, bertujuan memastikan golongan berkenaan khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Menerusi kenyataan media jenama makanan itu, Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata, apa yang dicetuskan juga sebagai menangani krisis ekonomi. Terutamanya susulan ekonomi dunia pada tahun ini yang diramal dan diancam kemelesatan.

Dengan RM0.90 itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.

“Sejak dua bulan lalu kita melancarkan promosi nasi lemak serendah RM0.90 ada yang ingat ia hanya sekadar gimik. Tak kurang juga menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.

“Ada yang anggap, angka sen itu tak padan dengan hidangan nasi lemak kami sediakan. Namun semua itu bukan omong kosong, kerana sambutan diterima sampai kami tak menang tangan.

“Pelanggan yang datang pun daripada pelbagai kaum. Kita sedar selama ini, nasi lemak digemari bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain termasuk Cina, India serta mat salih,” katanya.

Menurut Nurina Izz lagi, pihak mereka cuba menyelami keperluan dan kehendak masyarakat yang saat ini berdepan kegetiran hidup.

Hidangan nasi lemak resipi istimewa yang menjadi kegilaan dan fenomena masa kini

“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi tawaran harga semurah ini.

“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.

“Ada juga golongan bekerja yang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet. Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti ‘rider’ atau penghantar makanan,” katanya.

Tambahnya lagi, ini juga disifatkan sebagai sisi indah dan murni diserlahkan di premis makanan terbabit untuk meraikan semua menerusi kenikmatan serta kesedapan nasi lemak ditawarkan.

Warden Parkir Kejar Bell Ngasri di New Zealand Bukan Sebab Saman, Tapi Nak Autograf – "Fattah Amin Tepi Dulu!"
Bell Ngasri turut terkejut dengan promosi nasi lemak RM0.90 ditawarkan

“Di premis PMW Cafe ini kita cuba terap, semua boleh menikmati nasi lemak ini. Yang kurang wang atau ikat perut, masih boleh makan menu ini tanpa fikir panjang.

“Malah dengan bermodalkan RM2 saja, mereka boleh menikmati sarapan pagi dengan sempurna. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami mahu semua datang ke premis tanpa fikir wujud kasta.

“Nikmatilah nasi lemak ini tanpa prejudis kerana ia dihasilkan dengan kasih sayang sentuhan air tangan orang lama. Tambahan pula, nasi lemak ini divariasikan dengan cita rasa tradisional dan barat sekali gus menjadikan ia gabungan orang Malaysia. Tekan pautan inktr.ee/pmwhq untuk lebih lanjut,” katanya.

Selain nasi lemak promosi ditawarkan, premis itu selama ini menawarkan Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball yang turut menjadi kegemaran.

Sementara itu, jenama yang turut meledak di kalangan artis popular mempromosikan kambing perap itu juga mencuri perhatian apabila pelawak popular, Bell Ngasri turut terkejut dengan harga nasi lemak ditawarkan.

Menerusi video di muat naik, Bell yang terkenal dengan watak Barkoba yang dilakonkannya dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid mencuit hati melakonkan watak orang alim.

Di hujung lakonan drama sebabak, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri yang pada awal skeptikal dengan orang lain sama-sama mengajak mereka menikmati nasi lemak itu.

View this post on Instagram

A post shared by PAKMATWESTERN (@pakmatwesterncafe)

Selain Pulau Pinang, jenama berdaftar di bawah syarikat Pak Mat Western Sdn Bhd itu hingga kini premis makanan popular dan tular itu turut mempunyai cawangan utama di Johor.

Malah, premis makanan terbabit turut mempunyai ‘ekspress mart’ di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.

bell ngasrinasi lemakPak Mat Western Caf
https://lomp.at/mb3ml
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Wow, Sedapnya! Kenali 3 Kuih Tradisional Terengganu Yang Hampir Pupus

by Farah Fatihah
January 5, 2026

Siapa je tak kenal kuih tradisional Terengganu, sedap kan? Dari Che Abbas Demam sampai Bantal Buruk, setiap kuih ada cerita...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore