• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[GIVEAWAY] Peluang Memenangi Sepasang Tiket Menonton Filem Seram Psikologi MA

by Phic ARMAN
July 10, 2019
Share on Facebook

Pemenang Oscar, Octavia Spencer dan pengarah Tate Taylor menghasilkan sebuah filem seram psikologi buat pertama kali. Spencer melakonkan watak sebagai Sue Ann, wanita yang tinggal seorang diri di bandar Ohio. Suatu hari, dia disapa seorang anak muda bernama Maggie untuk membeli minuman alkohol bersama rakan-rakannya.

Sue Ann mempelawa sekumpulan remaja itu tinggal dirumahnya. Dia membenarkan kumpulan remaja tersebut berpesta di ruang bawah rumah dengan syarat tidak mabuk, tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat, tidak dibenarkan untuk naik ke kawasan atas rumah dan memanggilnya ‘Ma’.

Namun, semakin lama mereka tinggal di rumah itu, mereka mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila Sue Ann mula taksub dengan aktiviti mereka, sentiasa menjejak aktiviti mereka di media sosial dan juga mengikut mereka ke sekolah.

Perkara itu menjadi mimpi ngeri buat mereka, dan rumah yang mereka tinggal itu bertukar daripada kediaman menarik kepada kediaman yang mengerikan.

Filem Ma turut dibintangi Juliette Lewis, Luke Evans, Diana Silvers, McKaley Miller, Missi Pyle, Corey Fogelmanis, Gianni Paolo dan Dante Brown. Dari pengarah The Help dan Get On Up, Tate Taylor dan penerbit Jason Blum membawa anda filem seram dengan watak utama dari pelakon hebat Octavia Spencer.

Bakal ditayangkan di pawagam 25 Julai ini, tonton dahulu trailer filem ini di pautan di bawah:

YouTube video

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat murai.my, pada Selasa, 23 Julai 2019, jam 9 malam bertempat di  MBO Starling, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertan

  1. Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  2. Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag murai.my beserta #HangatMalaysia
  3. Anda dikehendaki kongsikan artikel ini di Facebook dan mengisi butir-butir diri anda dengan menjawab soalan.
  4. Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 22 Julai 2019
  5. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
  6. Pemenang akan dihubungi pihak murai.my melalui email anda.
  7. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  MBO Starling Mall pada 23 Julai  bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  8. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  9. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
https://lomp.at/u34p5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Smile to Life’ – Drama Tentang Cinta dan Perjuangan Hidup Yang Buat Ramai Tersentuh!

by Aphit J.
November 9, 2025

Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan...

Read moreDetails
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

by Aphit J.
October 4, 2025

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read moreDetails
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

by Phic ARMAN
November 7, 2025

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read moreDetails
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

by Aphit J.
November 1, 2025

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read moreDetails
Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

by Aphit J.
November 23, 2025

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore