Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Glamping Lost World Tambun Perkhemahan Yang Sangat Berbaloi!

by Khai Azfar
December 12, 2018
Share on Facebook

Bercakap mengenai Lost World Of Tambun sudah pasti anda akan fikirkan mengenai taman tema air yang cukup menghiburkan! Namun disebalik kemeriahan tarikan tersebut, tahukah anda disini juga wujudnya Lost World Glamping, perkhemahan mewah yang bagi kami cukup berbaloi untuk dirasai.

Perkhemahan Bertaraf 5 Bintang

Jika dahulu perkhemahan kita hanya sekadar menginap di dalam sebuah khemah , beralaskan lantai rumput, membuat unggun api dan menikmati makanan berasaskan panggang segera*. Di Lost World Glamping, anda masih boleh lakukan sedemikian dan ditambah kepada pengalaman yang lebih selesa dan bertaraf 5 bintang!

Mengapa kami berkata 5 bintang? Cuba anda bayangkan sebuah katil empuk pilihan saiz King mahupun single, mempunyai kipas mahupun pilihan berhawa dingin*, dilengkapi Wi-Fi serta kelengkapan sama seperti hotel turut dilengkapi di dalam khemah anda.

Garfield Di Lost World Of Tambun Dalam Masa Terhad

Ada yang sukakan Garfield? Alang-alang anda sudah berada di LOWT, apa kata luangkan masa sebentar, abadikan gambar kenangan bersama si comel Garfield. Ini kerana untuk masa terhad bermula dari 24 November hingga 1 Januari 2019 kelibat Garfield akan memeriahkan lagi LOWT bersempena dengan ulangtahun Garfield yang ke-40.

Apa yang menarik? Untuk mereka yang lahir pada Disember akan mendapat cupcake percuma, dapat bermain permainan Garfield, melihat persembahan mereka secara langsung dan banyak lagi!

Terokai Lost World Of Tambun

Berbaloi untuk anda menginap disini! Ini kerana, dengan satu harga anda boleh terokai hampir 90% Lost World Of Tambun. Bermula serendah RM588 untuk dua orang, anda akan dapat

  • Menginap di Glamping selama 2 Hari 1 Malam dilengkapi semua kelengkapan (tidak termasuk penghawa dingin dan set barbeque)
  • 2 tiket masuk ke taman tema Lost World Of Tambun
  • 2 Tiket masuk ke Lost World Hot springs Night Park
  • Breakfast Untuk 2 Orang di Garden Terrace
  • 15% Diskaun untuk Lost World Crystal Spa Treatment

Datang bawa keluarga atau ingin tambah orang? Boleh! Di Glamping ini terdapat juga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak – kanak yang berjumlah RM 788. Di dalam khemah terdapat sebuah katil king dan dua buah katil single.

Untuk tambahan orang pula, hanya RM 140 dikenakan untuk dewasa dan RM 110 untuk kanak-kanak. Jimat! Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman perkhemahan terbaik di Glamping Lost World Tambun!

Untuk tempahan Glamping layari: lwhreservation@sunway.com.my

GarfieldLost World GlampingLost World Tambun
https://lomp.at/38c0x
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara