• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Glee Bawa Sial? Selain Naya Rivera, 5 Kru & Pelakon Ini Juga Bernasib Tragis

by Phic ARMAN
July 10, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Naya Rivera, pelakon terkenal Amerika yang membintangi muzikal ‘Glee’ tiba-tiba hilang dan disangka telah mati di tasik bersama bayinya.

Pada hari Rabu, 8 Julai 2020, anaknya yang berusia 4 tahun ditemui terapung di dalam bot yang mereka sewa. Pejabat Sheriff Ventura Country melaporkan, pada hari Rabu malam Naya Rivera tenggelam di Danau Piru. Hingga kini mereka masih mencari bintang siri televisyen Glee itu.

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap kes ini menambah senarai panjang insiden tragis yang dialami oleh pelakon dan produksi Glee.

Seperti yang diringkaskan oleh Murai MY dari laman Heavy.com, difahamkan ada empat pelakon termasuk pengarah yang  terbabit dengan kejadian tragis setelah menyelesaikan peranan mereka dalam siri ini.

Cory Monteith

Pelakon Cory Monteith, yang membawa watak Finn Hudson dalam siri Glee didapati mati kerana overdos di sebuah bilik hotel di Vancouver, Kanada, pada 13 Julai 2013. Pada masa kematiannya, Cory merupakan kekasih Lea Michele, rakan sepasukannya. Sejumlah nasib tragis menimpa pelakon dan kru Glee, membuat khabar angin bahawa ada sumpahan di sebalik kejayaan siri yang ditayangkan pada 2009-2015.

Jim Fuller

Tiga bulan selepas kematian Cory, penolong pengarah rancangan Jim Fuller meninggal secara tiba-tiba pada bulan September 2013. Dia disyaki mengalami serangan sakit jantung pada usia 41 tahun. Kematian Jim dan Cory dikenang dalam episod Glee pada musim keempat dan kelima.

Nancy Motes

VIA The Mirror

Lima bulan kemudian, pembantu produksi Glee, Nancy Motes (37 tahun) ditemui mati di sebuah bilik hotel setelah membunuh diri kerana terlalu banyak dadah ditemui pada bulan Februari 2014. Polis menemui sejumlah ubat dan nota yang mengandungi mesej yang menyalahkan saudara tiri Nancy, pelakon Julia Roberts.

Becca Tobin

View this post on Instagram

A post shared by Becca Tobin (@becca)

Setahun selepas kematian Cory, pelakon Glee, Becca Tobin dikejutkan dengan berita kematian kekasihnya bernama Matt Bendik. Murai MY difahamkan, lelaki berusia 35 tahun itu ditemui mati di sebuah bilik hotel di Philadelphia, pada 10 Julai 2014. Polis mengatakan bahawa Matt meninggal dunia secara tiba-tiba setelah tidak menemui punca kematian selepas bedah siasat dan siasatan.

Mark Salling

VIA US Magazine

Mark Salling, memegang watak Noah “Puck” Puckerman ditemui mati gantung diri di tebing sungai tidak jauh dari rumahnya di California pada 30 Januari 2018. Sebelum putus asa untuk mengakhiri hidupnya, Mark boleh menghadapi hukuman penjara 20 tahun kerana didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Naya Rivera

VIA US Magazine

Berita sumpahan yang menimpa siri Glee muncul kembali setelah berita kehilangan Naya Rivera, pelakon Santana Lopez pada 8 Julai 2020. Polis mengesyaki Naya lemas di Tasik Puru ketika menaiki kapal bersama anak lelaki berusia 4 tahun. Bagaimana kronologinya? Baca artikel ini:

Anak Sendirian Dalam Bot, Begini Kronologi Hilangnya Aktres Naya Rivera

bunuh diriCory MonteithgleeNancy MotesNaya Rivera
https://lomp.at/x9exq
Share15Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore