Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

‘Goodie Bag’ Perkahwinan 4 Selebriti Ini Paling Mewah, Siap Ada Yang Bagi Baucar Spa!

by Zaidin Albert
November 4, 2019
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Goodie Bag atau cenderamata dari sebuah majlis perkahwinan bukanlah sekadar hadiah yang diedarkan kepada tetamu undangan. Sebagai tambahan kepada konsep perkahwinan dengan suasana perkahwinan selebriti yang sangat mewah, sebenarnya cenderahati pernikahan juga perlu diambil kira.

Kebanyakkan selebriti terkenal di dunia ini mempunyai idea yang menarik untuk memberikan cenderamata perkahwinan kepada tetamu termasuklah barang kemas dan ada juga yang memberi champagne dan voucher.

Siapa artis-artis ini? Lihat ringkasan seperti di bawah.

Priyanka Chopra dan Nick Jonas

Foto oleh Raindrop Media, AP

Ketika majlis perkahwinan mereka,  Priyanka Chopra dan Nick Jonas menyiapkan Goodie Bag yang cukup berat, sebuah buku kecil mengenai tradisi perkahwinan Barat dan India. Terdapat juga makanan ringan yang terinspirasi oleh India, iaitu negara kelahiran Priyanka Chopra.

Menurut laporan People, pasangan fenomenal ini juga menyediakan cenderahati lain yang mengandungi monogram dengan inisial, “NP” yang ditulis di atasnya.

Putera Harry dan Meghan Markle

Putera Harry dan Meghan Markle menyediakan sebuah goodie bag yang diterima oleh tetamu bukan VIP. Pasangan yang kini secara rasmi mendapat gelaran Duke & Duchess of Sussex itu memberikan pelbagai barangan mewah.

Dipetik dari Express.co.uk, di dalam goodie bag yang bertuliskan ‘HM’, terdapat syiling coklat raksasa,  shortbread, fridge magnet, botol minuman yang mengandungi logo Windsor Palace, baucar belanja.

Kanye West dan Kim Kardashian

Pasangan ini menyediakan goodie bag perkahwinan yang cukup mewah sehingga membuatkan ramai yang ingin menjadi tetamu perkahwinan mereka.

Ibtimes menulis, Kim memberikan sebotol champagne dengan harga ribuan ringgit sebagai cenderahati. Masih terdapat barisan barangan mewah lain seperti kosmetik Creme de la Mer yang bernilai US$ 200, aksesori dari kristal Swarovski, minyak wangi, dan baucar spa di hotel bernilai US$250 dan kos keseluruhan untuk seunit Goodie Bag bernilai US$1,000 atau sekitar RM4,150.

Putri Eugenie dan Jack Brooksbank

Seorang lagi pasangan diraja yang juga menyediakan Goodie Bag perkahwinan mewah ialah Princess Eugenie dan Jack Brooksbank.

Mereka menyediakan goodie bag yang mengandungi banyak barangan eksklusif, termasuk baju hujan untuk persediaan tetamu kerana cuaca yang tidak dapat diramalkan di Britain.

Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail, Goodie Bag perkahwinan Princess Eugenie dan Jacks Brooksbank yang mencecah 1,000 pound sterling atau RM 5,373.87  itu mengandungi shortbreads berjenama, fridge magnet, dan syiling coklat besar seperti cenderamata Putera Harry dan Meghan Markle tetapi dalam bentuk Windsor Castle, dan baju hujan bersulam dengan huruf ‘EJ’.

Itulah empat selebriti dikalangan artis dan kerabat diraja  yang memberikan Goodie Bag perkahwinan mewah pada hari pernikahan mereka. Menarik kan!

https://lomp.at/35a1v
Share20Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore