Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Goyang” Dari Ezlynn Tampilkan Sesuatu Yang Berbeza

by Arsiqin Yusof
December 28, 2018
Share on Facebook

Setelah hampir lapan tahun sepi tanpa karya terbaharu, penyanyi Ezlynn kembali menghangatkan industri muzik dengan dengan single terbaharunya berjudul “Goyang”.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu hitsnya seperti ‘Hi Hi Bye Bye’, ‘Pening’, ‘Jikalau Aku’ dan ‘Sengsara’. Kali terakhir meluncurkan lagu ‘Dusta’ pada tahun 2012, menerusi single “Goyang” Ezlynn sekali lagi menyandarkan lagu berentak rancak sebagai taruhannya.

https://www.youtube.com/watch?v=M6vahNgjMxw

“Goyang” merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Farique merupakan penyanyi dan komposer yang sering berkarya dalam menghasilkan lagu runut bunyi filem dan drama tempatan.

Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu “Goyang” ini Ezlynn menampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan ‘Fun Ska’.

https://www.instagram.com/p/Br6wlpWBoDT/

Single “Goyang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Disember 2018.

ezlynWarner Music Malaysia
https://lomp.at/njkdy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore