Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Guna KWSP Bayar Ansuran Rumah? Ramai Tak Tahu Sebenarnya Boleh ‘Cover’ Komitmen Bulanan!

by Ayu Kamaruddin
April 30, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam keadaan komitmen makin ‘menekan’, ramai pemilik rumah mula mencari cara untuk kurangkan beban bayaran bulanan. Tapi apa yang menarik, masih ramai tak sedar bahawa simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebenarnya boleh digunakan untuk bantu bayar ansuran rumah.

Bukan sekadar untuk beli rumah, KWSP juga menyediakan kemudahan khas yang membolehkan ahli guna simpanan Akaun Sejahtera bagi menampung bayaran bulanan pinjaman perumahan, memang boleh jadi ‘lifeline’ bila kewangan tengah tight.

Apa Itu Pengeluaran KWSP Untuk Ansuran Rumah?

Secara ringkas, ini adalah kemudahan yang membolehkan anda gunakan duit KWSP untuk bayar ansuran bulanan rumah, terutamanya bila berdepan masalah kewangan.

Menariknya, bayaran ini boleh membantu sekurang-kurangnya 6 bulan atau sehingga keadaan kewangan anda kembali stabil. Jadi, kalau tengah struggle, ini antara cara untuk elakkan bayaran tertunggak.

@ecentral.my

Kalau korang stuck nak bayar ansuran bulanan loan rumah, boleh cuba mohon pengeluaran perumahan KWSP. KWSP akan bantu korang bayar ansuran tu at least untuk 6 bulan atau sampailah masalah kewangan korang settle. Ni ada 5 pengeluaran perumahan KWSP untuk korang beli, bina, dan settlekan baki loan rumah jugak. #loanrumah #pengeluaranperumahan #pengeluarankwsp #kwsp #belirumah

♬ original sound – eCentral – eCentral

Siapa Yang Layak?

Tak semua boleh apply, tapi kalau anda memenuhi syarat ini, peluang cerah:

  • Berumur bawah 55 tahun
  • Ada baki sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun Sejahtera
  • Ada pinjaman perumahan aktif
  • Ansuran bulanan dah bermula
  • Rumah di Malaysia (teres, apartment, kondominium, SOHO dan lain-lain)

Menariknya, bukan warganegara pun boleh mohon selagi berdaftar sebagai ahli KWSP.

Info Penting Yang Ramai Terlepas Pandang

Sebelum terus apply, ini antara perkara penting:

  • Hanya untuk satu rumah sahaja
  • Boleh mohon walaupun ada tunggakan (NPL)
  • Bayaran dibuat terus ke bank, bukan ke akaun anda
  • Permohonan boleh dibuat 30 hari sebelum ansuran bermula
  • Had umur maksimum permohonan: 54 tahun 6 bulan

Kalau pinjaman dah selesai atau rumah dijual, bayaran KWSP juga akan dihentikan secara automatik.

Cara Mohon Guna i-Akaun (Simple Step)

Tak perlu pening, semua boleh buat online:

  • Log masuk i-Akaun KWSP
  • Klik “Pengeluaran”
  • Pilih “Permohonan Baharu”
  • Pilih “Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan”
  • Isi maklumat & upload dokumen
  • Submit permohonan

Lepas lulus, KWSP akan terus bayar ansuran bulanan bagi pihak anda, mudah dan straight forward.

Kelebihan Guna KWSP Untuk Ansuran Rumah

  • Kurangkan tekanan kewangan bulanan
  • Elak tunggakan bayaran
  • Bagi ‘breathing space’ untuk susun semula kewangan
  • Tak perlu pinjam atau guna kad kredit

Namun begitu, perlu diingat, ini adalah duit simpanan masa depan, jadi gunakan dengan bijak.

Bagi Murai, dalam dunia yang serba serbi mahal sekarang, siapa je tak pernah rasa ‘sesak’ dengan komitmen bulanan? Tapi bila tahu ada option guna KWSP untuk cover ansuran rumah, sekurang-kurangnya ada plan B untuk terus bertahan. Satu lagi Murai perlu ingatkan, guna bila perlu, bukan sebab nak ‘senang’. Sebab akhirnya, simpanan itu juga untuk masa depan kita nanti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ansuran rumahe-Pengeluarani-Akaunkwsp
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara