Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Häagen-Dazs Keluarkan Aiskrim ‘The Rose Project’ Sempena Hari Wanita Sedunia. Ada Percuma Aiskrim Vanila

by Lisa Ghani
March 2, 2023
Foto - Häagen-Dazs

Foto - Häagen-Dazs

Share on Facebook

Mac ini, jangan lupa datang Häagen-Dazs. Ada aiskrim edisi terhad menanti kamu!

Häagen-Dazs memberi penghormatan buat Rose Mattus, pengasas wanita dengan pemberian satu scoop percuma di seluruh dunia serta pelancaran The Rose Project demi meraikan #WomenWhoDontHoldBack pada Hari Wanita Sedunia.

Sebelum kita jelaskan tentang The Rose Project, kenali dulu individu dibelakang jenama aiskrim unggul ini.

Foto – Häagen-Dazs

Reuben Mattus ialah individu yang mencipta aiskrim tetapi Rose Mattus adalah insan yang mencipta Häagen-Dazs. Rose merupakan rakan niaga sejati Reuben.

Rose, seorang wanita yang inovatif dan tidak mengenal erti putus asa telah berjaya menempuhi pelbagai halangan pada tahun 1960-an dengan menjadikan Häagen-Dazs sebagai pencetus trend di New York.

Ketika Reuben begitu obses mencipta produk dan perisa berkualiti tinggi yang akan menjadi contoh unggul sebagai lambang asas kemewahan dan kenikmatan. Rose pula menguruskan perniagaan tersebut untuk membantu suaminya menempa kejayaan.

Perisa Häagen-Dazs kegemaran Rose tidak lain tidak bukan ialah perisa Vanila. Oleh itu sebagai tanda penghormatan, aiskrim Häagen-Dazs perisa Vanila akan dinamakan semula sebagai ‘Founder’s Favourite’, perisa pujaan hati Rose.

Foto – Häagen-Dazs

Oleh itu, lebih 100 cawangan Häagen-Dazs akan menawarkan satu scoop aiskrim Vanila percuma kepada setiap pengunjung. Di Malaysia, projek ini akan berlangsung di setiap Cawangan Häagen-Dazs dalam promosi Beli 2 Dapat 1 pada 6-10 Mac (Isnin-Jumaat).

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, orang ramai boleh mendapatkan bekas aiskrim ‘Founder’s Favourite’ Häagen-Dazs 1960 IWD keluaran terhad di setiap cawangan Häagen-Dazs sepanjang bulan Mac.

‘The Rose Project’ akan dilancarkan pada 8 Mac 2023, Hari Wanita Sedunia. Project ini bertujuan untuk menykokong usaha para wanita yang tidak pernah gentar dalam setiap bidang. Inisiatif ini akan menyerlahkan kisah Rose Mattus serta semangatnya yang tidak pernah gentar supaya dapat memberi inspirasi kepada semua orang untuk turut berkongsi kisah mereka.

häagen-dazshari wanita seduniarose mattus
https://lomp.at/dq3iz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

by Phic ARMAN
January 7, 2026

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore