Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hael Husaini Bakal Beraksi Di Jakarta Untuk ’30th Asian Television Awards’

by Naddy Joe
November 28, 2025
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi terkenal, Hael Husaini sekali lagi mencipta sejarah apabila diumumkan bakal membuat persembahan di temasya anugerah 30th Asian Television Awards (ATA), yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tarikh 28-29 November 2025.

Ini merupakan kali kedua Hael dipilih untuk memukau penonton di pentas besar bagi salah satu acara penghargaan televisyen paling berprestij di Asia.

Bakal Bawa Nama Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Dikenali dengan vokal yang memukau dan persembahan pentas yang berkarisma, Hael bukan sahaja mewakili bakat Malaysia, malah membawa imej negara ke persada antarabangsa dengan penuh kebanggaan. Tahun lalu, penampilannya meninggalkan impak besar kepada penganjur ATA, sehingga beliau dijemput sekali lagi untuk kembali membuat persembahan pada malam kedua.

Berbesar Hati Terima Jemputan Khas

Hael tidak menafikan perasaan bangga dan berbesar hati menerima jemputan khas daripada pihak penganjur ATA dan stesen televisyen Indosiar.

Bagi Hael, peluang ini adalah pengiktirafan terhadap usaha dan dedikasinya dalam industri muzik, serta tanda bahawa muzik Malaysia kini mendapat tempat yang kukuh di mata dunia.

“Saya rasa amat terharu dan bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berdiri di pentas Asian Television Awards. Ini bukan sahaja tentang persembahan saya, tetapi tentang membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Setiap kali saya naik ke pentas, saya ingin menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa bakat tempatan mampu meninggalkan jejak yang tidak dapat dilupakan,” kongsi Hael

Dengan jemputan kali kedua ini, Hael Husaini membuktikan bahawa beliau bukan sahaja artis berbakat, tetapi juga duta muzik Malaysia yang mampu membawa karya tempatan ke pentas global.

Persembahan beliau di 30th Asian Television Awards menjadi simbol bahawa muzik Malaysia kini bersaing di pentas dunia, dan Hael terus menjadi inspirasi bagi pemuzik muda tempatan.

[VIDEO] Hael Husaini Ingin Buat Lagu Raya Mengikut Kehendak Netizen-"Cuba Bagi Idea"

Dalam perkembangan terkini, Hael baru sahaja meluncurkan video muzik Peluk, gandingan bersama Nadeera, yang kini boleh distrim di saluran Youtube Rocketfuel Network.

hael husaini
https://lomp.at/7rzto
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore