• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hafiz Hamidun Enggan Pisahkan Anak Dengan Ibu Bapa Kandung

by Khai Azfar
January 29, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada tahun lalu mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Hamdee Hafiz yang berusia sebulan ketika itu.

Anak Dijaga Oleh Ibu Bapa 

Kini selepas hampir setahun bergelar seorang bapa, Hafiz sedia berkongsi perihal anaknya itu kepada umum ketika sidang media virtual pelancaran albumnya, Marhaba pada petang Rabu. Menurut Hafiz, ketika ini ibu bapanya membantu menjaga Hamdee dan pulang ke kampung berikutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dilaksanakan pada awal bulan ini.

“Ramai yang tak tahu sebenarnya buat masa ini ibu dan bapa saya bantu untuk menjaga Hamdee. Sepanjang PKP 2.0 ini, memang Hamdee balik ke kampung dan kebanyakannya yang mengasuh anak saya adalah ibu bapa dan adik-beradik. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana keluarga faham dan beri ruang kepada saya untuk bekerja”

“Kalau tidak ada apa-apa memang anak tinggal dengan saya tetapi disebabkan PKP saya terpaksa hantarnya balik ke kampung. Kalau saya yang jaga dia seorang mungkin tidak dapat beri 100% komitmen tetapi saya lihat ibu saya menjaga dan begitu menyayanginya tanpa berbelah bahagi seperti cucu sendiri” kata Hafiz kepada Murai.my

Enggan Pisahkan Anak Dengan Ibu Bapa Kandung

Dalam pada itu, mengenai soal jodoh dan ibu buat anak angkatnya itu, Hafiz berkata dia belum terfikir untuk berumah tangga sekali lagi dan hanya menyerahkannya pada takdir.

“Saya tidak boleh gantikan Hamdee dengan ibu kandungnya kerana ketika ini saya hanya sebagai penjaga dan selepas dia berumur dua tahun barulah saya boleh disahkan sebagai bapa angkatnya”

“Walaupun saya kenal ibu dan bapa kandungnya, tetapi saya tidak boleh pisahkan mereka kerana isu ini begitu sensitif untuk dibincangkan. Sekiranya saya berkahwin kelak, saya tidak boleh beritahu Hamdee bahawa isteri saya itu adalah ibunya kerana ibu bapa kandungnya masih ada”

“Ibu untuk Hamdee tidak penting, tetapi isteri buat saya itu penting. Saya just go with the flow” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut mengenai album terbaharunya, Marhaba bakal dilancarkan pada 29 Januari ini. Meskipun mengambil masa selama 5 tahun untuk keluarkannya apatah lagi ketika negara berhadapan dengan musim PKP, Hafiz menyifatkan album ini terlalu istimewa.

Terdiri daripada 13 Salawat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa seperti Ya Imam Ar-Rusli, Tholama Ashku Ghoromi, dan Tola ‘Al-Badru’ Alayna, album ini juga menampilkan Mostafa Atef dari Mesir dalam “Man Sagher Habeetak” dan Naufal Zayne dalam “Khairal Bariyyah”. Sehingga kini, album Marhaba ini telah melewati lebih dari 120,000 strim di Spotify dan terjual lebih dari 3000 salinan.

anak hafiz hamidunHafiz Hamidun
https://lomp.at/9wo26
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore