• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Haiza, Dafi & Siti Sarah Bantu 400 Penduduk Pontian

by Khai Azfar
April 22, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengambil kira bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga membuatkan beberapa artis di bawah naungan Indigital Music tampil menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan.

Bantu Penduduk Pontian 

Bagi Haiza Hanafi, Siti Sarah Raissuddin dan Dafi, mereka mengambil kesempatan ini untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan kepada penduduk di sekitar Pontian yang terjejas mencari sumber pendapatan sejak sebulan yang lalu.

“Ini adalah tanggungjawab sosial saya untuk membantu mereka yang memerlukan. Ada orang mencari pendapatan dengan bergaji harian. Jadi mereka mungkin mengalami kesukaran ketika ini.

“Saya ambil inisiatif untuk memberikan keperluan asas kepada mereka yang terkesan dan setidaknya boleh menyambut Ramadan dengan tenang,” kata Haiza

Program CSR ini telah diwakili Norwati Manan yang juga merupakan Pengawai Perhubungan Awam Indigital Music yang kebetulan berada di sana. Menariknya, dia tidak keseorangan sebaliknya mendapat kerjasama daripada NGO Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen yang sama-sama turun padang membantu. Antara bahan keperluan yang diagihkan termasuklah beras, minyak masak, tepung, gula dan beberapa barangan lain lagi.

Frontliner Turut Terima Bantuan 

Fasa pertama agihan bantuan, mereka menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan termasuklah Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal kawasan tersebut.Kemudian, agihan bantuan diberikan kepada 400 keluarga lain untuk memberikan senyuman kepada mereka dalam menghadapi situasi getir ini. Meskipun tidak dapat turut serta dalam misi menghulurkan bantuan, Sarah bagaimanapun bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Ini mungkin fasa getir bukan sahaja buat kita di Malaysia tetapi juga di seluruh negara. Kalau orang senang pun merasa terkesan, apatah lagi orang biasa. Saya harap semua sabar dan reda menghadapinya.

“Harapnya lebih ramai yang prihatin dan bantu membantu antara satu sama lain. Inilah keindahan hidup bermasyarakat,” kata pelantun Manis ini menerusi edaran media

Bagi Dafi pula, dia berterima kasih kepada pihak NGO tersebut yang sudi mewakili dirinya menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Mungkin sumbangan saya tidak sebesar mana tetapi jika itu mampu memberikan senyuman kepada mereka, saya amat berbesar hati.

“Semoga semua orang dapat menyambut Ramadan dengan tenang dan tiada ada insan yang terpinggir. Ini sahaja cara saya untuk membantu mereka yang sama-sama berkorban untuk negara bagi memutuskan rantaian Covid19,” ujarnya

Dafi Pernah Ambil Ubat Kurus, Fobia Selepas Diejek Kerana Berat Badan
dafiHaizasiti sarah
https://lomp.at/nnspe
Share13Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore