Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Apa Akan Jadi Bila ECRL Siap? Ini Antara Perubahan Yang Ramai Tak Jangka

by Phic ARMAN
February 15, 2026
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap kali nak bergerak antara Pantai Timur dan Lembah Klang, mesti akan muncul soalan klasik: nak memandu berjam-jam atau cari tiket kapal terbang? Nak gerak malam Jumaat atau tunggu pagi Sabtu? Berapa hari cuti yang sempat ambil? MURAI percaya, dilema kecil inilah yang selalu buat ramai tangguh niat. Tapi nampaknya, cerita itu bakal berubah dengan kehadiran East Coast Rail Link (ECRL) yang kini sudah melepasi 91% siap dan dijangka beroperasi Januari 2027.

Daripada apa yang MURAI nampak, ini bukan sekadar projek rel. Ini game changer cara kita balik kampung, bercuti dan bergerak.

Jom MURAI ringkaskan dalam gaya mudah hadam.

Balik kampung tak lagi stres

ECRL bakal sambungkan Kota Bharu terus ke Terminal Bersepadu Gombak. Tren penumpang enam gerabak mampu capai 160 km/j dengan kapasiti ratusan penumpang.

Maksudnya? Kurang drama jem lebuh raya musim perayaan. Lebih masa berkualiti dengan keluarga. Bagi MURAI, itu yang paling mahal nilainya.

Trip singkat jadi masuk akal

Sebelum ini kalau fikir nak balik hujung minggu pun sudah rasa penat. Tapi bila perjalanan boleh jadi sekitar empat jam, rancangan Jumaat malam sampai Ahad itu bukan lagi mustahil.

Untuk yang bekerja di Lembah Klang, ini berita baik. Lebih fleksibel, lebih kerap boleh jenguk orang tersayang.

Topik Berkaitan Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

Pantai Timur rasa makin dekat

Pantai, makanan tradisi, bandar warisan, semua ini tiba-tiba jadi pilihan spontan. Tak perlu tunggu cuti panjang baru nak gerak.

Bila akses makin mudah, orang pun makin ringan kaki. Pelancongan hidup, ekonomi pun bergerak. MURAI suka situasi menang-menang begini.

Stesen pun ada identiti

Menariknya, stesen ECRL bukan dibina sekadar tempat naik turun tren. Contohnya di Kota Bharu, reka bentuknya ambil inspirasi seni bina tempatan seperti Rumah Meleh Melayu dan motif tradisional negeri itu.

Baru sampai, sudah terasa auranya. Itu yang buat pengalaman perjalanan jadi lebih bermakna.

Mesra semua lapisan

Dengan lif, eskalator, laluan berbumbung dan ruang ambil-hantar yang teratur, perjalanan jadi lebih mudah untuk warga emas, keluarga dengan anak kecil atau sesiapa sahaja yang bawa bagasi.

Tak perlu fikir banyak. Datang, naik, jalan.

Pilihan baharu, gaya baharu

MURAI tahu, memandu ada nostalgianya. Tapi mempunyai alternatif yang selesa dan boleh dipercayai? Itu satu kelebihan. Dalam tren, boleh rehat, baca buku atau layan pemandangan. Sampai destinasi pun badan masih segar. Bukan soal menggantikan kereta, tetapi memberi pilihan ikut keperluan.

Bagi MURAI, bila rel ini mula bergerak nanti, mungkin ramai akan sedar satu perkara, jarak sebenarnya tidaklah sejauh mana, kalau cara perjalanan sudah jadi lebih mudah

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
East Coast Rail Link (ECRLECRLPantai Timur
Share32Tweet20SendShare

KINI TRENDING

YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Pernah Kurang Yakin Berbahasa Inggeris, Pak Nil Kini Kongsi Rahsia Komunikasi Menerusi SHOW ADA KELAS

by Phic ARMAN
October 22, 2026

Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara,...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
Mandul
Kesihatan

Kamu Boleh Mandul Jika Minum Teh Hijau & Matcha Setiap Hari?

by Nurul A.
November 2, 2026

Baru-baru ini, MURAI ada ternampak beberapa video mengenai minuman teh hijau dan matcha. Menerusi beberapa video, ada beberapa pengguna mendakwa...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
LifeXplore

Bil Elektrik Makin Tinggi? SK magic Perkenalkan Penyaman Udara Pertama, Siap Ada Kalkulator

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Bila cuaca panas, penyaman udara memang menjadi penyelamat. Tetapi apabila bil elektrik sampai, boleh pula rasa bahang lain macam! Memahami...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara