Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Haqiem Rusli Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 , Sempat Beri ‘Hint’?

by Naddy Joe
November 21, 2023
Share on Facebook

Perkongsian penyanyi, Haqiem Rusli sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sejak tahun 2021 mencuri perhatian netizen di media sosial.

Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri

Haqiem, menerusi hantaran di Instagram berkongsi foto dirinya bersama isteri berlatar belakang Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur serta kapsyen seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa isterinya sedang ‘hamil’.

“Happy anniversary to my lovely wife. I like you very much. Just as you are.

Terima kasih jadi peneman setia Akem, menerima segala kelemahan suamimu ini, anda wanita yang kuat. Semoga kita kekal selama-lamanya ?.

We love you Sofea.”-kapsyen Haqiem di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)

“We Love You? Macam Ada Berita Baik..”

Kapsyen akhir penyanyi Di Sebalik Rahsia ini mencetuskan rasa teruja peminat, malah ramai yang turut menitipkan doa buat pasangan ini kekal bahagia.

“We love you? Wahh macam ada berita baikkk ?.”

“Aku respek do Haqiem Rusli ni dia tak pernah post gambar dengan wife dia, yang wife dia free hair. Semua dia post gambar wife dia tutup aurat, MasyaAllah semoga diberikan hidayah  ❤️❤️❤️  .”

“Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi di setiap langkah, setiap kebaikan dan setiap perbuatan pada setiap hari, setiap masa dan setiap saat untuk anda sekeluarga.”

“simple je wish dia tapi sampai kesini rasa ?.”

“Emm..menarik ‘we’ tu. as in family sofea & akem ke or ada good news ni..hehe. Moga berbahagia selamanya happy couples ni. Terima baik & buruk each other and sentiasa berusaha untuk menjadi insan yg lebih baik ❤️.”

“We? Wahhh… tahniah..”

Walaubagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, Haqiem dilihat masih belum memberikan sebarang respon atau kenyataan berhubung spekulasi isterinya ‘berbadan dua’.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka…

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru
anis sofeahaqiem rusli
https://lomp.at/gkp2c
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore