Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Harga Bermula RM799! Ini 10 Manfaat Yang Anda Boleh Dapat Dari SAMSUNG Galaxy A14 Yang Baharu

by Phic ARMAN
March 13, 2023
Share on Facebook

Samsung hari ini telah mengumumkan pelancaran Galaxy A14 baharu di Malaysia mulai 15 Mac 2023, selaras dengan komitmennya untuk melengkapkan rangkaian inovasi Galaxy terkini di samping menawarkan pengalaman lanjutan dengan nilai harga yang berpatutan.

Peranti Galaxy A14 ini tersedia dengan kamera hadapan 13MP yang memberikan lonjakan besar untuk swafoto dari segi kualiti rakaman berbanding dengan Galaxy A13.

Ciri-ciri inovasi Galaxy yang sekian lama telah bersinonim dengan prestasi peranti yang pantas lagi andal sememangnya menjamin pengalaman mudah alih yang mengagumkan – baik untuk menikmati permainan terkini mahupun menggubah kandungan, kepada melengkapkan kerja dan mencapai matlamat kesihatan.

Selain paparan yang luas lagi lancar berserta dengan bateri berkemampuan berbilang hari, Galaxy A14 turut menawarkan saiz storan yang boleh dikembangkan sehingga ke 1TB; untuk memaksimumkan ruang simpanan foto, video dan banyak lagi.

Ia juga dilengkapi dengan antaramuka One UI 5.1 terkini yang mampu menerima peningkatan OS Android sehingga dua generasi dan juga kemaskini keselamatan sehingga empat tahun. Lebih-lebih lagi, Galaxy A14 juga dikhaskan untuk memenuhi matlamat kemampanan harian anda; berkat bahan binaan mesra alam dalam reka bentuk yang anggun lagi langsing.

Nikmati jaminan lanjutan Samsung Care+ untuk 1 tahun secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy A14 bermula 15 Mac hingga 31 Disember 2023.

Nak tahu lebih banyak manfaat daripada Galaxy A14? Jom semak ciri di bawah.

  1. Reka bentuk khusus Galaxy dengan penampilan badan dan reka garis anggun, perumah kamera rata dan tekstur lentikular pada kulit belakang.
  2. Pengalaman paparan hebat dengan Resolusi HD+ Penuh pada skrin bersaiz 6.6” .
  3. Rakam swafoto yang lebih baik dengan kamera hadapan 13MP yang mempunyai resolusi 1.6 kali lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
  4. Hasilkan karya gambar teragung dengan perincian yang luar biasa menggunakan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP.
  5. Bateri berkemampuan berbilang hari bersaiz 5,000mAH dan keupayaan pengurusan kuasa adaptif yang terolah berdasarkan corak penggunaan.
  6. Selaras dengan komitmen Samsung Galaxy for the Planet, plastik kitar semula digunakan untuk komponen peranti manakala aksesori diperbuat dengan TPU berasaskan bio, berserta dengan pembungkusan minimalis menggunakan kertas kitar semula.
  7. Storan yang besar dan boleh dikembangkan membolehkan anda menyimpan lebih banyak foto, video dan dokumen, dengan storan tambahan sehingga 1TB menggunakan kad mikroSD.
  8. Gunakan ciri RAM Plus untuk melancarkan lebih banyak apl dengan lebih pantas dan mengurus memori peranti dengan lebih cekap.
  9. Ciri pengoptimuman privasi baharu yang disertakan dengan pemantauan keselamatan dengan petunjuk warna dan pengurusan keselamatan yang mudah dengan cadangan tetapan peranti.
  10. Antaramuka One UI 5.1 terkini yang mampu menerima peningkatan OS Android sehingga dua generasi dan juga kemaskini keselamatan sehingga empat tahun
[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

Galaxy A14 tersedia untuk pembelian di mana-mana Samsung Experience Store, Peruncit Rasmi Samsung dan Kedai Dalam Talian Samsung mulai 15 Mac 2023! Dapatkannya sekarang juga dalam pautan ini.

Galaxy A14samsung
https://lomp.at/j7qrs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara