Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kurang Yakin Dengan Galaxy Z Fold8 Yang Baharu? Ini Komen 5 ‘Tech Reviewer’ Pelbagai Negara

by Phic ARMAN
October 1, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila Samsung lancarkan telefon baharu, spesifikasi atas kertas memang nampak menarik. Tetapi persoalan yang lebih penting ialah, apa kata mereka yang sudah pegang dan guna sendiri?

Untuk Galaxy Z Fold8, beberapa tech creator dari Asia Tenggara dan Oceania berkongsi pengalaman mereka. Menariknya, setiap reviewer nampaknya mempunyai fokus berbeza.

1. Davis Fang Tech- Australia

Bagi Davis Fang Tech dari Australia, perkara yang paling menonjol ialah aspek mudah alih.

Galaxy Z Fold8 hanya mempunyai berat 201 gram, menjadikannya antara Galaxy Z Fold paling ringan setakat ini. Davis turut menunjukkan bagaimana peranti itu masih selesa dimasukkan ke dalam poket apabila dilipat.

Untuk telefon yang boleh bertukar menjadi tablet mini, berat memang bukan perkara kecil.

2. YugaTech- Filipina

YugaTech dari Filipina pula memberikan perhatian kepada aspek ketahanan.

Galaxy Z Fold8 menggunakan teknologi Flex Titanium, manakala reka bentuk engselnya turut diberi perhatian. Walaupun lebih nipis, Samsung cuba memastikan peranti kekal kukuh untuk kegunaan harian.

Pendek kata, nipis tidak semestinya kena manja.

3. TechNave- Malaysia

Bila sampai kepada TechNave dari Malaysia, fokusnya beralih kepada Galaxy AI.

Menerusi Now Nudge, kandungan pada skrin boleh dikenal pasti untuk memberikan cadangan tindakan yang berkaitan. Kelebihannya lebih jelas pada skrin besar Fold8 kerana pengguna boleh melihat cadangan tersebut secara sebelah menyebelah tanpa perlu meninggalkan aplikasi yang sedang digunakan.

Topik Berkaitan Senipis 5.1mm! Samsung Galaxy Tab S12 Ultra Sudah Tiba Di Malaysia

Contohnya, sedang berbincang dengan kawan tentang lokasi perjumpaan? Anda boleh semak maklumat atau simpan lokasi sambil meneruskan perbualan.

4. Bobby Tonelli- Singapura

Bobby Tonelli dari Singapura pula menguji perkara yang lebih santai, bagaimana Fold8 digunakan untuk menikmati kandungan.

Menurut demonstrasinya, skrin besar Galaxy Z Fold8 sesuai untuk menonton video dan filem, selain membaca e-buku.

Dengan nisbah paparan baharu, Samsung memang cuba menjadikan Fold8 bukan sekadar telefon untuk bekerja, tetapi juga peranti hiburan.

5. Bestindotech-Indonesia

Akhir sekali, Bestindotech dari Indonesia mengetengahkan pengalaman berpindah ke Galaxy.

Dengan Smart Switch yang dipertingkatkan, pengguna boleh memindahkan pelbagai data secara tanpa wayar, termasuk foto, kontak, mesej, tetapan, kata laluan dan data eSIM.

Menariknya, proses ini boleh dilakukan menggunakan imbasan kod QR tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

Bila Semua Reviewer Digabungkan…

Daripada pengalaman setiap reviewer, Galaxy Z Fold8 nampaknya cuba menyelesaikan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan mengenai telefon lipat – berat, ketahanan, AI, hiburan dan proses untuk berpindah ke peranti baharu.

Di Malaysia, Galaxy Z Fold8 ditawarkan bermula RM7,299 bagi 256GB, manakala varian 512GB berharga RM8,099 dan 1TB RM9,699.

Jadi, selepas tengok pengalaman reviewer dari Australia hingga Indonesia, persoalannya bukan lagi sekadar “telefon ini boleh lipat ke?”

Persoalannya sekarang, adakah gaya hidup anda memang sesuai dengan telefon yang boleh bertukar daripada smartphone kepada skrin besar dalam satu gerakan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Galaxy Z Fold8samsung
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Senarai Harga Tambang ECRL Yang Rasmi, Bermula RM60!

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Berita baik buat anda yang kerap berulang-alik ke Pantai Timur! Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menawarkan pilihan perjalanan baharu...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
The Laughing Cow
LifeXplore

Snek, Celup & Nikmati, The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Di 7-Eleven

by Nurul A.
October 6, 2026

The Laughing Cow Cheez Dippers Solo hadir sebagai pilihan yang sesuai untuk saat seperti ini. Gabungan celupan keju yang lembut...

Read moreDetails
LifeXplore

200MP Jadi Taruhan! Mampukah HUAWEI nova 16s Pro Pikat Peminat Fotografi?

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Dalam dunia yang semuanya mahu dikongsi di media sosial, kualiti gambar sememangnya menjadi antara perkara penting ketika memilih telefon pintar....

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Wang
LifeXplore

Ramai Tak Tahu, Ini 5 Cara Untuk Maksimumkan Nilai Wang Di KLIA

by Nurul A.
November 2, 2026

Pernah tak kamu beranggapan bahawa membeli-belah dan menjamu selera di lapangan terbang sentiasa memerlukan perbelanjaan yang lebih besar? Fikir semula!...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
Ernie Zakri
LifeXplore

Ernie Zakri, Priscilla Abby Meriahkan Konsert Wanita Anjuran Vera

by Nurul A.
November 4, 2026

Wanita menggalas pelbagai peranan dan tanggungjawab setiap hari. Haid tidak seharusnya menambah kerisauan mereka. Vinda Malaysia hari ini melancarkan Vera™,...

Read moreDetails
LifeXplore

Boleh Jadi Penyelamat Ketika Blackout? Ini 5 Fakta Menarik DJI Power Auro 2000 Elite

by Phic ARMAN
November 8, 2026

Pernah terfikir bagaimana mahu memastikan telefon, komputer riba atau peralatan elektrik terus berfungsi ketika bekalan elektrik terputus? Atau mungkin anda...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara