Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Ada Sebabnya Pelarasan Harga Pas Rapid KL Mulai 2026

by Naja Nix
December 18, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan pelarasan harga bagi beberapa pas perjalanan Rapid KL yang akan berkuat kuasa mulai I Januari 2026, menandakan semakan pertama dibuat sejak tahun 2009.

Langkah ini dlihat sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kelestarian operasi pengangkutan awam di Lembah Klang, seiring dengan peluasan rangkaian dan peningkatan kos penyelenggaraan.

Pengumuman tersebut turut menyaksikan pengenalan produk baharu iaitu Rapid Bulanan, pas perjalanan tanpa had selama 30 hari pada harga RM150 yang ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara.

Pelarasan Harga dan Penstrukturan Semula Pas

Antara perubahan utama ialah penyusunan semula beberapa pas sedia ada. Bagi Rapid Kota yang khusus untuk warganegara Malaysia, pas 1 hari ditetapkan pada harga RM10 manakala pas 3 hari RM25.

Pas 2 hari pula tidak lagi ditawarkan. Perubahan sama turut melibatkan Rapid Kembara, dengan pas 1 hari berharga RM25 dan pas 3 hari RM55.

Sementara itu, Rapid keluarga untuk warganegara Malaysia ditetapkan pada harga RM30, manakala Rapid Pelajar hanya mengekalkan diskaun konsesi kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja bermula 2026.

Bagi pelajar bukan warganegara yang memiliki pas sedia ada, diskaun 50 peratus kekal sehingga pas tamat tempoh atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025.

Prasarana turut menegaskan bahawa pas My50, serta kad konsensi Rapid Emas dan Rapid Mesra, kekal tanpa sebarang perubahan harga.

Rangkaian Lebih Luas, Kos Lebih Tinggi

Menurut Prasarana, pelarasan ini dibuat selepas mengambil kira corak penggunaan semasa, peluasan rangkaian rel dan bas, serta peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan.

Transformasi sistem Rapid KL sepanjang dekad lalu, termasuk pembukaan Laluan MRT Kajang dan Laluan MRT Putrajaya, telah menjadikan jaringan pengangkutan awam jauh lebih komprehensif berbanding sebelumnya.

Rapid On-Demand Diselaraskan RM2 Mulai 1 Februari, Netizen Luah Rasa Kecewa Waktu Menunggu

Pihak pengurusan menegaskan bahawa walaupun terdapat kenaikan harga, pas perjalanan Rapid KL masih menawarkan nilai penjimatan kepada pengguna harian melalui kemudahan perjalanan tanpa had dan tahap perkhidmatan yang terus dipertingkatkan.

Reaksi Pengguna: Antara Tidak Puas Hati dan Sokongan Bersyarat

Namun begitu, pengumuman tersebut mencetuskan reaksi bercampur dalam kalangan pengguna.

Sebahagian netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan ketara harga pas 1 hari, yang sebelum ini pernah ditawarkan pada kadar jauh lebih rendah.

Ada yang berpandangan bahawa kenaikan harga ini tidak selari dengan kualiti perkhidmatan yang masih berdepan isu gangguan dan kelewatan.

“Damn.. They increased the daily pass from RM6 to RM10, and unless you’re travelling end to end on a return trip (Kajang–Sungai Buloh or Putrajaya–Kwasa Damansara), it’s no longer worth the money..”

“Hmm, adakah “RM150 for Malaysian citizens” tu indikasi My50 punya program bakal dihentikan, sekarang memang iya, remain, tapi kenapa introduce untuk RM150 untuk Malaysia jugak?”

via X /@SyidZDida
via X /@suahilifaizzi

Dalam masa yang sama, terdapat juga pengguna yang melihat langkah ini dari sudut lebih pragmatik.

“Rm 150 macam dulu pun okay. Much reliable they nak cover all costs maintenance & stuff. Now makin teruk keep broke down like everyday on kelana jaya line… should do something, major revamp as such. imo”

“At least this price adjustments could help fund transit and make trains break down less consistently”

via X /@itshazmi_
via X /@External50121

Mereka beranggapan pelarasan harga, khususnya pengenalan Rapid Bulanan RM150, berpotensi membantu Prasarana menampung kos penyelenggaraan dan mengurangkan masalah teknikal yang kerap berlaku di beberapa laluan utama.

Isu My50 dan Kebimbangan Masa Hadapan

Pengumuman Rapid Bulanan turut mencetuskan persoalan mengenai hala tuju pas My50, meskipun Prasarna menegaskan bahawa ia kekal tanpa perubahan.

Masalah Teknikal Lagi? Laluan Kelana Jaya Kembali Uji Kesabaran Pengguna Waktu Puncak

Kehadiran pas RM150 untuk warganegara dan bukan warganegara dilihat oleh sesetengah pihak sebagai isyarat awal kepada perubahan struktur subsidi pengangkutan awam pada masa hadapan.

my50pas bulananprasaranarapid bulananrapid keluargarapid kembararapid kl
https://lomp.at/vxrds
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara