Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah perjalanan yang lebih bebas dan bermakna.
Menurut Solo Female Travel Trends and Statistics 2024, wanita kini menyumbang 70% daripada lawatan ke laman web hotel di seluruh dunia, menekankan pengaruh mereka yang semakin besar dalam perancangan dan tempahan perjalanan.
Sempena Hari Wanita Antarabangsa, redBus mengetengahkan 5 destinasi mesra solo yang memudahkan wanita Malaysia memulakan pengembaraan mereka, sama ada percutian santai di dalam negara atau jelajah merentas sempadan.
1. Ipoh, Perak
Perhentian Bas Terdekat: Terminal Bas Amanjaya (12 km sahaja)
Jika idea untuk travel solo membuatkan jantung berdebar, biar Ipoh menjadi “soft launch” anda. Nak idea aktiviti solo? Tempah tempat duduk tepi tingkap dalam bas ke Ipoh dan terus mulakan “heritage cafe crawl” anda.

Dengan redBus Food Map sebagai panduan, anda boleh menemui rahsia kopi terbaik Ipoh, termasuk Kedai Kopi Nam Heong. Kemudian, berjalanlah sekejap ke Muzium Yasmin di Kong Heng. Luangkan satu jam menulis di jurnal anda; ini cara santai untuk merenung diri sambil menikmati suasana bersejarah.
2. Kuala Lumpur (KL)
Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Bersepadu Selatan (13 km sahaja)
Bagi gadis kota yang ingin melihat ibu negara dari sudut baharu, KL menawarkan pengalaman budaya yang lebih dalam daripada yang disangka. Dengan fenomena “Stamp Hunting” 2026, sistem pengangkutan awam bandar ini berubah menjadi satu permainan mencari harta karun yang penuh ganjaran.

Idea aktiviti solo? Naik LRT atau MRT dan mulakan aktiviti “stamp hunting” anda. Kumpulkan cop-cop seni daripada Central Market, REXKL, dan Bangunan Zhongshan. Rasai kepuasan, kebebasan kreatif, dan nikmati momen seperti satu-satunya dewasa yang benar-benar seronok bermain mencari harta karun.
3. Cameron Highland, Pahang
Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Tanah Rata (5 km sahaja)
Lokasi ideal untuk unplug dan membiarkan alam semula jadi yang berbicara. Udara sejuk serta bukit-bukit hijau ladang teh menyediakan latar semula jadi untuk merenung diri dan memulihkan tenaga.

Idea aktiviti solo? Tempah Lawatan Separuh Hari Cameron Highlands & Mossy Forest melalui redBus. Lawatan ini juga singgah di BOH Tea Centre (Sungei Palas Garden) yang terkenal, di mana anda boleh melawat kilang ladang teh serta membeli-belah cenderahati. Selepas itu, teruskan solo date anda dengan strawberi segar yang dipetik sendiri dan pencuci mulut lazat di ladang strawberi tempatan.
4. Johor Bahru, Malaysia ke Batam, Indonesia
Bersedia untuk ‘day trip‘ antarabangsa kamu yang pertama? Laluan dari Berjaya Waterfront (Johor Bahru) ke Batam Centre menawarkan pengalaman perjalanan antarabangsa yang mudah. Dalam kurang dari dua jam, anda boleh menukar panorama bandar Malaysia kepada pengalaman pulau Indonesia yang meriah dan berwarna-warni.

Idea aktiviti solo? Tempah tiket feri melalui redBus dan terus ke Batam dan setibanya di Batam Centre, berjalan kaki ke Mega Mall berhampiran untuk sesi spa yang mewah tetapi mesra bajet. Manjakan diri dengan mandian krim tradisional Indonesia atau urutan seluruh badan sebelum menikmati makanan laut segar di tepi laut. Anda akan kembali ke Johor Bahru menjelang malam, dengan cop baru di pasport.
5. Langkawi, Malaysia Ke Koh Lipe, Thailand
Bagi wanita yang benar-benar ingin “melarikan diri”, perjalanan dari Kuah Jetty, Langkawi ke Bundhaya Beach, Koh Lipe adalah pengalaman yang magis. Ini adalah solo date tahap mahir, satu peralihan dari pantai-pantai Malaysia yang biasa kepada “Maldives Thailand” yang airnya jernih bak kristal.

Idea aktiviti solo? Setibanya di terminal feri Bundhaya Beach, daftar masuk ke chalet dan mulakan petang dengan menuju ke kafe tepi pantai untuk menikmati kelapa segar. Apabila hari mula senja, kamu boleh berendam, berenang atau sesi snorkeling ringkas di pantai.
Jangan lupa untuk berjalan-jalan di Walking Street berhampiran untuk meninjau gerai-gerai perhiasan tangan dan pelbagai juadah tempatan Thailand. Akhiri hari dengan melihat persembahan tarian api.
Kalau kamu sudah bersedia untuk menempah pengembaraan solo pertama, atau seterusnya, layari redBus untuk menempah tiket bas atau feri, dan gunakan kod REDBUS60 untuk menikmati diskaun segera 30% sehingga RM10 & cashback 30% sehingga RM18 bagi SEMUA tiket.
Happy holiday!






