Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Harith Iskander Kritik Ahli Politik ‘Posting’ Perkauman Pada Atlet Negara

Selain memohon maaf, Borhanuddin turut meletakkan jawatan dalam politik

by Puteri Alia
October 4, 2021
Foto - Twitter @BA_Malaysia

Foto - Twitter @BA_Malaysia

Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai ahli politik yang mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap atlet badminton negara, Selvaduray Kisona yang mendapat perhatian ramai termasuklah pelawak dan jurucakap motivasi Harith Iskander.

Borhanuddin Mohon Maaf Dan Letak Jawatan Dari Parti Politik

Perdasarkan perkongsian dari Instagram Harith, ahli politik berkenaan Borhanuddin Che Rahim, telah mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap Selvaduray di laman Facebooknya.

“BAM kutip India (keling) dalam estet mana la jadi pemain utama MALAYSIA.” tulisnya

Melihat komen tersebut, membuatkan orang ramai berasa marah dan berikutan itu ahli politik tersebut segera mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum India dan menarik balik kenyataannya itu.

Foto – Instagram @harithiskander

“Sehubungan dengan tindakan dan kesalahan yang telah saya lakukan berkaitan dengan ‘posting’ dalam Facebook akaun ******* bertarikh 1 Oktober 2021 berkaitan pemain badminton negara.

Dengan ini saya menarik balik kenyataan saya dan MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut.

Saya tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana orang dan kaum. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak.

Oleh yang demikian atas rasa tanggungjawab dan kesalahan, saya bersedia menawarkan diri melepaskan jawatan saya sebagai penjawat parti (Naib Ketua Bersatu Bahagian ******) demi menjaga nama baik parti.” tulis Borhanuddin seperti yang ditangkap layar oleh Harith

Tindakan Borhanuddin Kurang Kesedaran

Meski ahli politik tersebut telah mengeluarkan kenyataan maaf, namun ia bukanlah perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin.

Menurut Harith, bersikap perkauman bukan sahaja kelihatan seperti tidak bijak malah memberi komen sebegitu di media sosial menunjukan bahawa individu tersebut kurang kesedaran.

Harith juga meluahkan bahawa rakyat Malaysia perlu berkerja keras dari aspek perhubungan antara kaum dan belajar untuk jadi baik.

Foto Twitter @BA_Malaysia/Instagram @harithiskander

“Saya memuatnakik ini kerana saya marah bukan saja mengenai perkauman, tapi juga kerana kebodohan. Ia satu perkara bersikap perkauman secara rahsia di antara kawan anda yang juga bersikap perkauman….

Tapi untuk post di media sosial menunjukan sangat kurang kesedaran, yang mana secara jujurnya ia sangat menakutkan.

Ya individu tersebut telah ‘minta maaf’ dan meletakkan jawatan dari posisinya dalam parti politik, di mana ianya tindakan yang BETUL untuk dilakukan.

Tapi ini juga merupakan mesej kepada kita semua untuk bersuara dan sedar, sebagai satu negara kita semua perlu bekerja dari segi perhubungan antara kaum dan jadi baik. Ayuh jadi Malaysia yang lebih baik.” tulis Harith

Persatuan Badminton Negara Kecam Perkauman Dalam Sukan

Isu yang tular ini juga mendapat perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dan mengutuk sebarang tindakan bersifat perkauman dalam sukan.

Malah BAM juga mengatakan sebagai badan sukan negara, mereka tidak akan menerima sebarang komen diskriminasi terhadap pemain mereka dan akan sentiasa bersuara demi pemain negara.

Foto – Instagram/Twitter @ba_malaysia

“Sebagai badan sukan negara, BAM tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap sebarang bentuk perkauman atau diskriminasi oleh itu kami sangat mengecam komen tersebut dan akan bersuara demi pemain kami.

Komen yang menakutkan itu sangat tidak diperlukan dan kami gesa rakyat Malaysia untuk mengecam tindakan seperti ini. BAM akan terus berlawan untuk mencantas perkauman dalam sukan, terutamanya dalam badminton.” tulis kenyataan tersebut

Betul, apa jua tindakan bersifat perkauman harus dicantas bukan saja dalam sukan, malah dalam semua sektor dan bidang kerja di Malaysia.

Harith Iskanderperkaumanpersatuan badminton malaysiapolitikselvaduray kisona
https://lomp.at/9elba
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore