Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hati Isteri Terguris? 3 Pesan Ustaz Elyas Ismail Buat Golongan Suami

Ustaz Elyas menasihati golongan suami agar hindari menggunakan ayat-ayat yang boleh menyakiti hati isteri

by Puteri Alia
August 27, 2022
via Instagram Ustaz Elyas Ismail

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

Share on Facebook

Pendakwah dan penceramah tanah air, ustaz Elyas Ismail menitipkan pesanan dan kata-kata nasihat buat kaum adam terutamanya bagi golongan para suami menerusi muatnaik terkini di media sosialnya.

Menyakiti Hati Isteri

Menjengah ke Instagram ustaz Elyas, penceramah ini berkongsi beberapa ucapan atau ayat yang boleh menyebabkan hati para isteri terguris menerusi rakaman video ringkas yang dimuatnaiknya.

” tiga ayat jangan sesekali guna khususnya terhadap para isteri kita. Jangan.

Pertama sekali iaitu jangan kita katakan.. ‘Dia duduk di rumah dengan anak-anak senang.. Berguling, meniarap, tidur, makan, tengok tv. Yang penat kita ni kerja, siang sampai ke malam kerja.’ Jangan macam tu.

Isteri kalau pun dia suri rumah atau duduk di rumah sekali pun. Berat tanggungjawab dia menguruskan anak-anak pening. Kita suami duduk sekejap di rumah pun dah rasa huru-hara.

Yang kedua, jangan sesekali kita melemahkan semangat dia kalau dia ada usaha yang sedang dia buat. Contoh dia tengah usaha nak menurunkan berat badan. Jangan sesekali kita merendah-rendahkan semangat dia.

‘Em dah dua tiga bulan dah makan produk tu nampak sama je. Lepas tu nampak semangat jogging pun macam tu je nampak.’ Jangan. Kecil hati, pedih hati isteri kita.

Dan yang ketiganya adalah jangan sesekali membanding-bandingkan. kalau isteri kita masak dia tanya.. ‘Macam mana bang okay tak’.. ‘Okaylah tapi tak boleh lawan yang kedai tomyam tu lah’.

Lailahaillah.. Banding kedai tomyam pula dah. Kalau isteri tu tak masak, marah. Dah masak, cakap kita membanding-bandingkan dia macam tu macam ni.

Janganlah. Kita hargai. Kita berikan penghargaan yang membuatkan dia rasa bersemangat lagi untuk dia nak berbakti nak buat yang terbaik untuk suami dia ni. InsyaAllah.” Ujarnya

Menerusi muatnaik tersebut, ustaz Elyas menulis coret menasihati golongan suami agar mengelak dari menyebut ayat-ayat sebegitu kerana ia boleh menyakiti hati para isteri.

“Tolonglah jangan sebut ayat-ayat macam ni terhadap isteri kita. Isteri gembira hidup bahagia..!” Coretnya

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

Para Isteri Setuju

Melihat pesanan yang dikongsikan di Instagram ustaz Elyas, rata-rata ramai para isteri yang menyatakan mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penceramah tersebut.

“Betul sangat ustaz”

“Betul ustaz..”

“Betul sangat…” Komen mereka

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

“Setuju ustaz.. Yang nombor 2 tu ramai yang habaq depa cepat putus asa nak turunkan berat sebab tak ada sokongan dari suami.. Terima kasih banyak-banyak ustaz perkongsian info dan ilmu.”

“Terima kasih ustaz.”

“Betul sangat ustaz.” Komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

Jika para suami amal dan ikuti apa yang dipesan ustaz Elyas, tak mustahil rumah tangga dan hubungan antara suami isteri akan jadi lebih erat. InsyaAllah!

Rumahtanggaustaz elyas ismail
https://lomp.at/57sjw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Namron Tampil Pertahan Que Haidar-“Dia Cuba Dirampas Semula Dari Kami…”

by Naddy Joe
April 7, 2026

Pelakon senior, Namron tampil mempertahankan aktor, Que Haidar agar tidak lagi menghilang daripada industri seni. Namron atau nama sebenarnya Shahili...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara