• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Hiburan Dakwah, 4 Filem Terbaik Disajikan Oleh TV Alhijrah Sempena Syawal 1441H

by Phic ARMAN
May 28, 2020
538
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahun ini TV AlHijrah tampil berbeza pada bulan Syawal ini dengan memperbanyakkan rancangan-rancangan hiburan dakwah bersesuaian dengan tema sambutan Syawal Menyatu Hati.

Empat buah filem terbaik akan ditayangkan bermula esok iaitu filem tempatan tayangan perdana berjudul Geran dan tiga filem Indonesia iaitu filem Malaikat Kecil, filem Iqro My Universe dan filem Kalam Kalam Langit sudah semestinya bersifat mendidik, menghibur, menyatupadukan ummah dan mempunyai nilai-nilai murni universal sebagai tauladan.

FILEM GERAN – 29 MEI 2020

  • 9 MALAM
  • PELAKON: NAMRON, FAIZAL HUSSEIN, AERIL ZAFRIL, KHOHARULLAH MAJID, FEIYNA TAJUDIN, FAD ANUAR, AZLAN KOMENG, TAIYUDDIN BAKAR, FATIMAH ABU BAKAR

Filem Geran berkisar sekitar kehidupan dua sahabat baik iaitu Pak Nayan dan Haji Daud yang juga merupakan rakan seperguruan di dalam dunia persilatan. Namun, hubungan akrab milik mereka berdua akhirnya goyah dek satu peristiwa yang tidak disangka-sangka.

Bermula detik tersebut, mereka saling bermusuhan dan menyimpan dendam. Pada masa yang sama, dua anak Pak Nayan iaitu Ali dan Fatimah berasa marah dengan adik mereka iaitu Mat Arip kerana mengeruhkan lagi keadaan dengan mencagarkan geran tanah pusaka milik bapa mereka kepada Haji Daud.

Sebagai bapa, Pak Nayan tetap yakin ada jalan penyelesaian untuk mengubah sikap Mat Arip serta mendapatkan semula geran pusaka tersebut. Namun, konco-konco Haji Daud mula bertindak lebih ganas dengan cuba mengugut serta mencederakan mereka.

Saksikan kesudahan filem Geran untuk mengetahui apa yang terjadi kepada keluarga Pak Nayan dan Haji Daud.

FILEM MALAIKAT KECIL

  • 30 MEI 2020
  • 9 MALAM
  • PELAKON: DWI SASONO, TIKA BRAVANI, RACHEL PATRICIA, DHELON FALBERS, COK SIMBARA, NELLA REGAR, DINA MARIANA, MUDJI MASSAID

Budi, seorang autism datang ke Jakarta untuk mengubah kehidupan keluarganya. Sebagai seorang ayah yang amat mengasihi anak-anaknya iaitu Ratih dan Iyan, Budi telah berjanji untuk membelikan baju baru kepada keduanya andai mereka mampu berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Budi sanggup berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya demi mencari rezeki yang halal. Pada suatu hari, Budi mendapat perkabaran bahawa anaknya sedang sakit dan dirawat di hospital. Budi mengambil keputusan untuk pulang menziarahi anak kesayangannya. Malang menimpa apabila isteri dan anaknya sudah tidak lagi menetap di kediaman mereka.
Budi terus mencari keluarganya yang hilang.

Dalam kesedihan Budi hanya mampu pasrah dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Usai melaksanakan solat Aidilfitri, Budi dipeluk erat dari belakang.

FILEM IQRO MY UNIVERSE

  • 6 JUN 2020
  • 9 MALAM
  • PELAKON: AISYAH NURRA DATAU, RAIHAN KHAN, COK SIMBARA, NENO WARISMAN, ADITYA PUTRI

Aqila adalah seorang kanak-kanak yang sangat gemar menuntut ilmu tetapi tidak berminat untuk belajar Al-Quran. Aqila mempunyai datuk yang bekerja sebagai ahli astronomi dan tinggal di Pusat Pemantauan Bintang Boscha. Aqila berhasrat untuk menjadikan seorang ahli astronomi dan menjadikan topik tersebut sebagai salah satu tugasan di sekolah.

Datuknya memberi izin kepada Aqila untuk menggunakan teropong bintang di Boscha untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi dengan meletakkan syarat bahawa Aqila perlu pandai membaca Al-Quran.

Aqila bersetuju dan ketika di rumah datuknya Aqila bertemu Ros, anak seorang pembantu rumah. Ros mengajaknya bermain di masjid. Di masjid ini Aqila belajar membaca Al-Quran dengan kaedah Iqro, yang menyenangkan, berirama dan dilakukan dengan ringan.

Pengalaman Aqila mempelajari Al-Quran dan teladan datuknya telah menggerakkan mata hatinya, mengenai kebesaran Allah SWT yang menciptakan alam semesta.

FILEM KALAM KALAM LANGIT

  • 13 JUN 2020
  • 9 MALAM
  • PELAKON: DIMAS SETO, ELYZIA MULACHELA, MERIZA FEBRIANI, MATHIAS MUCHUS

Kalam Kalam Langit adalah kisah seorang pemuda bernama Ja’far yang sedari kecil mendapat didikan agama yang cukup baik dari kedua orang tuanya. Kebijaksanaan Ja’far melayakkan dia untuk melanjutkan pegajian di sebuah sekolah pondok terbaik di Indonesia.

Tempat pengajian Ja’far kerap mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran. Ja’far bercita-cita untuk menjadi juara Majlis Tilawah Al-Quran tersebut. Namun, keinginannya itu ditentang oleh ayahnya yang selalu mengingatkan agar tidak memperjual belikan kalam kalam Illahi hanya kerana populariti dan hadiah semata mata.

Perbalahan dua beranak itu berterusan hingga ayah Ja’far jatuh sakit dan meninggal dunia. Sedih dan membawa hati yang luka, Ja’far pulang ke kampung ibunya di Lombok. Takdir menyaksikan Ja’far dipilih mewakili Lombok dalam pertandingan Tilawah Al-Quran namun dia berterusan diuji.

ADITYA PUTRIaeril zafrilAISYAH NURRA DATAUAzlan KomengCOK SIMBARADHELON FALBERSDIMAS SETODINA MARIANADWI SASONOELYZIA MULACHELAFad AnuarFaizal HusseinFatimah Abu BakarFeiyna TajudinKhoharullah MajidMATHIAS MUCHUSMERIZA FEBRIANIMUDJI MASSAIDnamronNELLA REGARNENO WARISMANRACHEL PATRICIARAIHAN KHANTaiyuddin BakarTIKA BRAVANI
https://lomp.at/6a69r
Share525Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore