Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[REVIEW] Jangan Buang Ibu: Kalau Tak Kuat Emosi Jangan Tengok Sebab…

by Phic ARMAN
July 15, 2026
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan semua filem mampu buat penonton keluar panggung dengan mata sembap. Tapi Jangan Buang Ibu berjaya buat perkara itu. MURAI akui, ini bukan sekadar filem keluarga biasa. Ia adalah sebuah naskhah yang perlahan-lahan ‘menampar’ hati penonton, terutama mereka yang masih mempunyai ibu.

Diangkat daripada novel bestseller karya Wahyu Deyapriyangga, filem terbitan Leo Pictures ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 Jun 2026 di Indonesia namun di Malaysia pada 16 Julau 2026. Selepas menontonnya, MURAI faham kenapa ramai yang siap sedia bawa tisu ke tayangan perdana.

Bukan Sekadar Tentang Ibu, Tapi Tentang Penyesalan

Sejak babak pertama lagi, filem ini membawa penonton menyelami pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi membesarkan tiga orang anak. Menjual donat, bekerja sebagai petugas kebersihan, semuanya dilakukan sendirian selepas ditinggalkan suami.

Namun, apabila anak-anak berjaya dalam hidup dan membina keluarga sendiri, keadaan berubah. Kesibukan kerja dan komitmen masing-masing membuatkan ibu yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga akhirnya dihantar ke rumah jagaan orang tua.

Percayalah, setiap babak selepas itu terasa semakin berat. MURAI sendiri beberapa kali terdiam kerana kisah ini terlalu dekat dengan realiti yang berlaku hari ini.

Barisan Pelakon Yang Memang ‘Deliver’

Nirina Zubir benar-benar menjadi jiwa kepada filem ini. Lakonannya sebagai seorang ibu cukup menyentuh dan penuh emosi tanpa perlu berlebihan. Gandingan Refal Hady, Amanda Manopo, Dwi Sasono, Erika Carlina, Fadly Faisal serta barisan pelakon lain turut menghidupkan setiap konflik dengan begitu meyakinkan.

MURAI juga suka bagaimana pengarah Hadrah Daeng Ratu menyusun jalan cerita yang bergerak antara masa lalu dan masa kini tanpa membuatkan penonton keliru. Malah, setiap ‘flashback’ membuatkan emosi semakin mendalam.

Ditambah pula dengan runut bunyi seperti Bunda nyanyian Melly Goeslaw, lagu baharu ciptaan Rizky Febian khas untuk filem ini serta karya daripada Mahalini dan Mitty Zasia, memang susah nak tahan air mata. Aura dia memang sampai.

Filem Yang Buat Kita Mahu Pulang Peluk Ibu

Apa yang paling melekat di hati MURAI ialah mesejnya yang sangat universal. Dalam Islam sendiri, kedudukan ibu begitu dimuliakan kerana pengorbanannya mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Malah, syurga juga dikatakan berada di bawah telapak kaki ibu.

Sebab itu, Jangan Buang Ibu terasa lebih daripada sekadar hiburan. Ia mengingatkan kita bahawa kasih sayang ibu sering dianggap biasa ketika mereka masih ada, tetapi kehilangan mereka adalah sesuatu yang tidak mampu diganti.

View this post on Instagram

MURAI rasa filem ini bukan mahu menghukum anak-anak, sebaliknya mengajak kita muhasabah. Kadang-kadang ibu bukan perlukan rumah besar atau wang yang banyak. Kehadiran, perhatian dan sedikit masa bersama sudah cukup membuatkan mereka bahagia.

Kalau anda sedang mencari filem yang bukan sekadar menghiburkan tetapi mampu meninggalkan kesan berhari-hari, inilah salah satunya. Tapi satu pesanan daripada MURAI… jangan ego sangat konon hati kental. Sebab besar kemungkinan anda juga akan keluar pawagam sambil diam-diam mengesat air mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
2
Weary
Weary
0
amanda manopoDWI SASONOErika CarlinaFadly FaisalJangan Buang IbuNirina ZubirRefal Hady
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara