Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Hidangan Turki & Yaman Di Restoran Sahala Jadi Tarikan Terbaru Di Cyberjaya

by Phic ARMAN
July 19, 2019
Share on Facebook

Nak cari restoran nasi arab di sekitar Cyberjaya?

Kami cadangkan anda ke sebuah restoran nasi arab yang terbaru bernama Sahala. Restoran santapan kasual Timur Tengah ini baru saja mengadakan majlis pembukaan secara rasmi Khamis lalu, 18 Julai 2019.

Restoran ini betul-betul terletak di Cyberjaya dan merupakan pilihan ramai tidak kira peringkat umur dan bangsa.

Majlis Perasmian Pembukaan Sahala Restaurant di Cyberjaya oleh Mr Saeed dan Vivieanna Alfred

Menurut pemiliknya, Mr Saeed berkata, idea untuk membukan Restoran ini tercetus sejak tahun 2017, setelah kunjungan mereka ke Malaysia tahun itu.

Restoran itu cukup istimewa kerana keenakan rasa asli masakan Arab, di samping menampilkan dekorasi hiasan dengan konsep moden dan minimalis. Restoran ini baru siap dibuka pada akhir 2018, dengan penciptaan menu unik yang dipengaruhi oleh budaya Yaman dengan sedikit pengaruh Turki.

Nasi Arab Mandy

Nasi Arab Mandhy merupakan hidangan yang paling popular di sini. Menariknya, di Sahala  mereka menyediakan hidangan dengan cara trasional iaitu memasaknya di dalam lubang tanah yang dikorek dan dimasukkan kayu api.

Sekarang kaedah ini jarang lagi digunakan oleh orang Arab sendiri. Mereka lebih selesa menggunakan periuk dan dapur moden biasa.

Pencuci Mulut, Arikah
Lamb Zorbian
Sahala Istanbul Kebab roll
Fatush Salad by Sahala
Massub Malaki
Chicken Saj
Nasi Arab Mandy

Menu lain yang menjadi tumpuan antaranya Lamb Zorbian, Chicken Saj dan Massub Malaki bagi pembuka selera. Massub Malaki mempunyai campuran pisang dan madu. Terdapat banyak lagi pilihan lain seperti Kebab Roll, makanan yang dipanggang, pelbagai jenis salad dan sebagainya. Dengan kata lain terdapat lebih 40-50 pilihan menu disediakan oleh Sahala.

Lamb Zorbian menekankan untuk menggunakan bahan terbaik dan segar dalam persiapan makanannya, untuk memastikan yang terbaik tiba di meja pelanggan. Selain itu kebersihan juga adalah keutamaan di Sahala.

Sejak didirikan, restoran ini telah melayani berbagai-bagai pelanggan tetap dan pecinta makanan. Sahala juga pernah menjadi tuan rumah acara-acara besar termasuk Road2Harameen, dengan Duta Besar Arab Saudi sebagai tetamunya, serta sidang media Miss Cosmopolitan World Malaysia 2019 sekitar 2 bulan yang lalu.

Restoran yang menawarkan harga berpatutan ini dibuka setiap hari bermula pukul 11:30 pagi hingga 11:30 malam. Sahala bangga akan moto-nya yang selalu menyatakan “Makanan Hebat untuk Dikongsi!”.

Restoran SahalaSahala Restaurant
https://lomp.at/xope2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara