Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aliff Syukri Hina Bangsa India?

by Phic ARMAN
January 5, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah berkongsi sebuah video menjawab pertanyaan dari peminat. Dalam video tersebut, salah seorang peminat Aliff telah berkata wajah anaknya seperti India. Aliff menjawab dalam nada tegas memberitahu bahawa rupa paras sangat subjektif dan tidak kisah sekiranya ada yang hina wajah anaknya.

“Wajah ini sangat subjektif dan ada keunikan sendiri, ada yang suka rupa cina ada yang suka rupa india. Tak kisahlah, sebagai ibubapa, yang penting anak saya kemas dan pembersih. Tak payah lah nak hina anak aku, kau pun bukan sempurna nak hina anak aku.” katanya dalam video.

@aliffsyukriterlajaklaris

Replying to @user1467650542330

♬ original sound – Terlajaklaris – Dherbs Terlajak Laris

Hina Sangat Ke India

Susulan dari video tersebut, ramai masyarakat India tambil bersuara. Mereka menganggap kenyataan Aliff seolah-olah menghina rupa paras bangsa India.

“Saya banyak kawan-kawan India Cina…ada yang cakap Muka anak saya mcm cina. Saya ok je. Jangan pandang Hina. ok Dato”- tulis salah seorang peminat.

Hina ke if he looks like an Indian?- tambah peminat lagi.

Apa yang Hina sangat ke kalau muka iras orang India?

Salah seorang pengguna TikTok berbangsa India telah berkongsi video Aliff. Wanita ini menyelar tindakan Aliff yang dianggap menghina bangsanya.

“Salam Datuk, kenapa orang kata wajah anak Datuk macam India, Datuk rasa macam hina?  Apa yang hina sangat jadi India? Datuk ni saya ingatkan orang bijak belaka, tapi komen macam pinjamkan otak kat tempat lain. Kenapa macam tu? Mungkin orang kata begitu sebab ada rupa Punjabi ke Pakistan ke. Tak hina pun orang komen macam muka India.

Saya betul betul malu dengan pemikiran sempit macam ni. India ni ada keunikan, nak tahu kenapa? Kulit gelap kami ni anti kanser, melanin tinggi. Hidung tak payah tarik-tarik, tak perlu pembedahan, memang dah semulajadi mancung. Jadi tak perlu rasa hina, patutnya Datuk bangga kalau orang cakap wajah anak Datuk macam India.”- katanya.

Pendapat ikhlas dari wanita ini telah meraih perhatian pengguna TikTok sehinggakan videonya itu mendapat tontonan lebih dari 358 ribu. Adakah hina wajah kita mirip seperti bangsa India? Apa komen anda?

[VIDEO] "Isteri Saya Banyak Membantu Susah Senang..."-Aliff Syukri
aliff syukri
https://lomp.at/d8bvw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore