Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Pelanggan Kecewa ‘Fitting Room’ Butik Pakaian Di KL Ada Kamera Tersembunyi

by Phic ARMAN
January 11, 2023
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Share on Facebook

Sangat menakutkan! Itulah yang boleh kami gambarkan mengenai pendedahan dari seorang netizen yang menggunakan akaun bernama @meleisgw atau Nishae di laman twitter. Wanita ini telah mendedahkan sebuah bilik persalinan atau  ‘fitting room’ di sebuat butik terkenal di ibu kota mempunyai kamera tersembunyi.

Nishae telah menyiarkan ‘screenshot’ dari sebuah laman grup peribadi di media sosial rakaman dari bilik persalinan wanita yang diambil daripada kamera tersembunyi.

“Memang lepas ni beli baju takde nak fitting-fitting bagai,menakutkan. Perempuan di luar sana hati-hati!”-tulisnya di media sosial.

Difahamkan dia mengetahui kewujudan kumpulan ini selepas rakan berkongsi pautan dengannya. Dalam tweet yang sama, Nishae telah mendedahkan bahawa salah seorang mangsa memaklumkan kejadian ini berlaku pada bulan Oktober di sebuah butik pakaian terkenal di Avenue K, Kuala Lumpur.

Mangsa juga melaporkan secara terperinci  lokasi bilik persalinan yang telah diletakkan kamera tersembunyi. Dalam pada itu, Nishae menggalakkan mangsa tampil membuat laporan polis.

H&M Keluarkan Kenyataan

Tidak lama selepas isu ini tular dan mendapat perhatian ramai,  pihak khidmat pelanggan butik H&M telah mengambil maklum kejadian ini. Pihak mereka telah membuat laporan polis dan mereka akan melakukan siasatan dengan segera.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan semua bilik persalinan dan sedang berusaha untuk memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang akan menjejaskan privasi pelanggan kami”- tulisnya di grup telegram.

Walaubagaimanapun, Murai MY berharap pihak berkuasa dapat melakukan tindakan segera dan  kes seumpama ini tidak akan berulang lagi. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kamera tersembunyi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara