Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Hock Kee Kopitiam & D.MasKing Bawa Musang King Premium Ke Meja Kopitiam

by Nurul A.
April 22, 2026
Foto - Hock Kee Kopitiam

Foto - Hock Kee Kopitiam

Share on Facebook

Dua jenama kebanggaan Malaysia, Hock Kee Kopitiam dan D.MasKing oleh DSR Taiko Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama ini menyatukan durian Musang King, iaitu Raja Segala Buah, dengan hidangan klasik kopitiam.

Hock Kee kini memperkenalkan pengalaman baharu ‘dari dusun ke kopitiam’, dengan membawa Musang King premium terus ke meja pelanggan. Inisiatif ini meraikan budaya tempatan dengan menggabungkan durian berkualiti tinggi bersama resipi kegemaran ramai.

Foto – Hock Kee Kopitiam

Penyatuan Warisan dan Rasa

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, rangkaian eksklusif menu durian bakal ditawarkan di cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam, seperti:

Foto – Hock Kee Kopitiam
  • Roti Bakar dengan Kaya Durian & Mentega
  • Kopi Durian & Teh Tarik Durian
  • Aiskrim Durian dengan 3 variasi (soft serve, gelato & aiskrim batang)
  • Coklat Gelap Durian & Kerepek Durian

Tiga variasi aiskrim boleh dinikmati di premis atau dibawa pulang. Manakala produk seperti kaya durian, coklat durian, kerepek durian, kopi putih durian dan teh susu durian tersedia di cawangan-cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam.

Dari Dusun ke Meja Kopitiam

Bagi memastikan kualiti dan ketulenan, DSR mengaplikasikan sistem proprietari Musang King Integrated Traceability System (MKITS)®. Sistem ini membolehkan setiap durian dijejaki sepenuhnya dari dusun hingga ke tangan pengguna.

Foto – Hock Kee Kopitiam

Ini diperkukuh lagi dengan Standard of Quality (SOQ) yang ketat merangkumi penggredan, pengendalian dan integriti produk. Hock Kee Kopitiam turut bersetuju bahawa kerjasama ini serasi dengan falsafah teras jenamanya, yang menghargai tradisi sambil meraikan inovasi, serta menjiwai semangat Muhibbah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook dan laman web rasmi Hock Kee.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
D.MasKingDSR Taiko BerhadHock Kee Kopitiam
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara