Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Hock Kee Kopitiam Eco Grandeur, Port Lepak Baharu Dengan Suasana Taman Yang Tenang

by Phic ARMAN
June 28, 2026
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda sedang mencari lokasi makan yang bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga memberi suasana tenang untuk ‘healing’ bersama keluarga atau rakan-rakan, MURAI ada satu cadangan menarik.

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan berkunjung ke cawangan terbaharu Hock Kee Kopitiam di Grandeur Labs, Eco Grandeur. Sebaik melangkah masuk, perkara pertama yang mencuri perhatian sudah tentu konsep “Hock Kee by the Garden” yang cukup berbeza daripada cawangan lain.

Suasana Hijau Yang Buat Rasa Nak Duduk Lama

Terletak di dalam township Eco Grandeur yang dikelilingi landskap hijau, suasana di sini terasa lebih santai dan nyaman. Bukan sahaja sesuai untuk menikmati sarapan atau makan tengah hari, malah cukup selesa jika mahu meluangkan masa berbual panjang bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Rekaan dalaman outlet ini juga tampak luas, kemas dan mesra keluarga. Tidak hairanlah jika lokasi ini berpotensi menjadi antara tempat lepak baharu buat penduduk sekitar Puncak Alam, Meru dan kawasan berhampiran.

Konsep ‘Hock Kee by the Garden’ Beri Kelainan

Apa yang lebih menarik, Hock Kee masih mengekalkan identiti kopitiam Nanyang yang menjadi kegemaran ramai. Pengunjung boleh menikmati pelbagai menu signature mereka yang disediakan menerusi dapur pusat yang telah memperoleh pensijilan halal, sekali gus memberi lebih pilihan kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut pihak pengurusan Hock Kee Kopitiam, pemilihan Eco Grandeur dibuat kerana konsep township yang berinspirasikan taman begitu selari dengan identiti jenama mereka.

Topik Berkaitan Hock Kee Kopitiam & D.MasKing Bawa Musang King Premium Ke Meja Kopitiam

Sebab itulah lahirnya konsep “Hock Kee by the Garden”, yang menggabungkan pengalaman menjamu selera dengan suasana hijau dan komuniti yang mesra keluarga.

Destinasi Baharu Untuk ‘Healing’ Hujung Minggu

Secara keseluruhannya, jika anda mahukan pengalaman menikmati hidangan kopitiam dalam suasana yang lebih tenang dan dikelilingi kehijauan, MURAI merasakan Hock Kee Kopitiam di Grandeur Labs, Eco Grandeur memang berbaloi untuk dikunjungi.

Sama ada untuk sarapan hujung minggu, minum petang atau sekadar mencari lokasi baharu untuk bersantai, destinasi ini boleh dimasukkan dalam senarai anda. Malah, bagi mereka yang gemar meneroka kafe dan port makan baharu, lokasi ini menawarkan gabungan suasana, keselesaan dan hidangan yang menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Grandeur LabsHock Kee Kopitiam
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

by Phic ARMAN
June 24, 2026

Industri drama tempatan terus mencipta kejutan apabila siri iQIYI Original, Griya: Rahsia Seorang Lelaki muncul sebagai antara karya paling berjaya...

Read moreDetails
LifeXplore

Kena Tuntutan TNB Sampai RM25K? Ramai Baru Tahu Ada Cara Buat Aduan Secara Rasmi

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Satu perkongsian di media sosial kini hangat diperkatakan apabila seorang individu mendakwa ibunya menerima surat tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Kesihatan

Anda Rasa Sihat? Mungkin Sudah Tiba Masanya Untuk Buat Pemeriksaan Kesihatan

by Phic ARMAN
June 19, 2026

Pernah tak anda rasa badan sihat, masih mampu bekerja, memandu jauh, bersukan dan melakukan rutin harian seperti biasa, lalu menganggap...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
LifeXplore

Agoda & Resorts World Genting Bergabung, Tempahan Percutian Kini Lebih Mudah!

by Phic ARMAN
June 18, 2026

Perancangan percutian dijangka menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa apabila Resorts World Genting (RWG) menjalin kerjasama strategik dengan platform pelancongan...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @ANSA Hotel Kuala Lumpur
LifeXplore

ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

by Farah Fatihah
June 14, 2026

Bagi yang merancang percutian singkat di Kuala Lumpur atau mencari penginapan yang strategik di tengah bandar, ANSA Hotel Kuala Lumpur...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Budaya

Le Méridien Putrajaya Rai Musim Kebersamaan Dengan Koleksi Kuih Bulan

by Nurul A.
July 26, 2026

Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Koleksi Kuih Bulan Pertengahan Musim Luruh 2026 sempena musim perayaan dan kebersamaan ini. Dihasilkan dengan penuh...

Read moreDetails
Foto - IKEA Damansara
LifeXplore

IKEA Damansara Ajak Layan Piala Dunia 2026 Pada Pukul 3 Pagi!

by Nurul A.
July 15, 2026

Biasanya rakyat Malaysia akan menjadikan mamak sebagai 'port' mereka untuk menonton bola sepak, tetapi bermula hari ini mereka boleh menambah satu...

Read moreDetails
LifeXplore

Hong Kong Menduduki Tangga Ke-2 Destinasi Mesra Muslim 2026 (Bukan OIC)

by Phic ARMAN
June 22, 2026

Hong Kong bukan lagi sekadar destinasi untuk membeli-belah, menikmati pemandangan bandar moden atau mencuba pengalaman budaya unik. Kini, bandar raya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara