HONOR baru saja melancarkan Magic8 Pro dan netizen memang tak sabar nak kongsi pendapat mereka! Di laman rasmi TikTok HONOR Malaysia, ramai meninggalkan komen positif, terutamanya tentang kamera yang dikatakan “memang lawa dh cantik kalah iPhone”. Ramai bersetuju, telefon ini bukan sahaja setanding malah ada yang kata boleh lawan iPhone terbaru.



Harga rasmi HONOR Magic8 Pro bermula pada RM4,599, sama seperti model sebelumnya. Tetapi kali ini dengan keupayaan lebih canggih. Bagi yang ingin jadi antara yang terawal memilikinya, pra-tempahan bermula sekarang hingga 4 Disember 2025.
Selain telefon, pelanggan yang pra-tempah akan menerima pakej hadiah eksklusif percuma bernilai RM3,090, termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro, perlindungan retak depan & belakang 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan kerosakan cecair 1 tahun, serta akses Google AI Pro Higher selama 3 bulan. Tambahan lagi, pelanggan juga akan menikmati rebat segera RM300 apabila membuat bayaran penuh.

HONOR Magic8 Pro menonjol dengan 5 Nilai Pengguna Unik yang dikatakan lebih hebat daripada iPhone:
- Fotografi Bertaraf Tinggi – kamera yang mendapat pujian netizen.
- Perangkaian Terbaik – liputan rangkaian mantap tanpa risau.
- Bateri Berprestasi Hebat – tahan lama untuk aktiviti harian.
- Paparan Amat Jelas – pengalaman menonton lebih memuaskan.
- Kos Penyenggaraan Rendah – jimat dan mudah.
Dengan harga yang masih kompetitif, kamera menakjubkan, dan bonus eksklusif, HONOR Magic8 Pro memang pilihan bijak untuk mereka yang mahu telefon premium tapi tidak mahu berbelanja setinggi iPhone.
Pra-tempah boleh dibuat melalui HONOR Online Store, HONOR Experience Stores, Shopee, Lazada, TikTok Shop, atau pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic. Jangan lepaskan peluang – netizen pun dah teruja, inilah masanya untuk alami sendiri pengalaman Magic8 Pro!











