Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Hormon Ini Yang Keluar Ketika Jatuh Cinta, Ada Yang Sampai Tak Boleh Tidur Tau!

by Soph Azz
May 16, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza ketika jatuh cinta, tetapi perasaan yang muncul ketika itu adalah lebih kurang sama. Kamu akan berasa teruja dan sangat gembira!

Kalau kamu nak tahu perasaan itu sebenarnya berpunca daripada hormon yang dirembes ketika kamu sedang bercinta. Sebab itulah ada yang rasa gembira dan dicintai sampaikan tak boelh tidur.

Nak tahu tak hormon apa yang dirembes ketika kamu sedang bercinta? Scroll bacanya di bawah;

Estrogen

Khas untuk wanita, hormon estrogen ini dirembes dengan tinggi apabila wanita berada dalam keadaan yang subur, yang umumnya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid.

Foto – Pinterest

Apabila jatuh cinta, hormon ini membuatkan wanita menginginkan kasih sayang yang lebih banyak, menjadi lebih manja dan mahu dijaga.

Oxytocin

Oxytocin adalah hormon yang dipercayai dapat menjadikan seseorang lebih empati dan prihatin. Sebab itulah bila kamu sedang jatuh cinta, hormon ini membuatkan seseorang itu menjadi lebih menyayangi, mengambil berat dan timbul rasa ingin melindungi.

Psst… Hormon ini juga berfungsi untuk merangsang pengeluaran susu dan berperanan mengeratkan ikatan antara ibu dan bayi.

Dopamine

Dopamine adalah hormon yang memainkan peranan dalam sistem keinginan dan keseronokan. Apabila anda jatuh cinta, dopamine memainkan peranan dalam menyampaikan tenaga yang hebat seperti keseronokan, peningkatan aktiviti mental, berdebar-debar, melambatkan keletihan untuk mengurangkan keperluan untuk tidur.

Foto – Pinterest

Jadi tidak hairanlah jika bercinta, kamu akan mempunyai tenaga luar biasa, tidak mudah rasa lapar, keperluan tidur juga berkurangan, malah berani mengambil risiko lebih tinggi.

Serotonin 

Ketika jatuh cinta, wajah si dia akan sentiasa berada dalam kepala kamu. Kalau kamu nak tahu, situasi ini dicetuskan oleh kehadiran hormon serotonin. Untuk pengetahuan kamu, serotonin adalah hormon yang berkait rapat dengan obsesi. Hormon ini juga dipanggil natural mood stabilizer kerana fungsinya untuk memastikan mood tenang dan gembira.

Testosteron 

Foto – Pinterest

Dikenali sebagai hormon seks, testosteron adalah hormon yang membuatkan lelaki dan wanita tertarik secara fizikal. Psst… Walaupun kamu memiliki testosteron yang tinggi ketika bercinta, hormon ini boleh dikawal tau.

Siapa sangka ketika bercinta hormon ini yang sering dirembeskan. Unik kan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bercintahormon bahagiahormon bercinta
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  3. 3

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara