Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Ibu Masih Hidup? Pihak UiTM Dedah Laporan Kronologi Isu Pensyarah Hina Pelajar

Pihak universiti menjelaskan bahawa video itu bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar itu

by Naddy Joe
March 31, 2022
Share on Facebook

Berikutan video tular di media sosial yang menunjukkan seorang pensyarah wanita yang menghina seroang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40, pihak Uitm Seri Iskandar mengeluarkan laporan kronologi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Telah Menembual Beberapa Orang Pelajar

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak UiTM menjelaskan bahawa mereka telah menemubual beberapa orang pelajar untuk mengesahkan kesahihan video tersebut.

“Kumpulan pelajar ini mengesahkan bahawa video ini berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester ktober 2021-Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar oleh Prof Ts Dr Roshana Takim.” ujar kenyataan tersebut

Ibu Masih Hidup

Tambahnya lagi, pihak terlibat mengesahkan bahawa ibu pelajar tersebut masih hidup dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang. Manakala, bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

“Bapa tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya masih ada da bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang. Mempunyai 3 orang adik beradik (Kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan manakala adik sedang menuntut di UiTM Rembau).”

Tidak Membawa Komputer Peribadi Ke Kampus

Selain itu, pihak UiTM mendedahkan bahawa pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian disebabkan komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

Dirakam & Dikongsikan Oleh Pihak Lain

Difahaman, bahawa video itu bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar itu sebaliknya telah dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

“Video ini bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar ini sebaliknya telah dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular. Pelajar tidak bersetuju sama sekali tujuan video ini ditularkan.

Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN.”- jelas UiTM

Susulan itu, pengurusan UiTM  mencadangkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelajar dan pensyarah untuk mengharmonikan keadaan, atau menamatkan kontrak pensyaran itu yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022, di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

Namun, keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi.

Pensyarah UiTM
https://lomp.at/ncjln
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara