Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ibu Ozlyn Wati Meninggal Dunia, Ramai Kongsi Kebaikan Allahyarhamah

Rata-rata menyifatkan arwah sebagai individu yang cukup baik dan peramah sepanjang hayatnya.

by Khai Azfar
July 21, 2021
Share on Facebook

Pelakon, Ozlyn Wati menerusi laman Instagram nya berkongsi khabar yang menyedihkan apabila ibu tercinta, Rozidah Jumari telah pergi menghadap Ilahi pada Selasa.

Kongsi Foto Kenangan Bersama Arwah

Dalam hantaran tersebut, Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkesempatan memuatnaik foto kenangan mereka sekeluarga yang sempat diambil pada Ramadan yang lalu. Malah, isteri kepada pelawak Johan ini turut meminta dihubungi sekiranya ibunya mempunyai hutang dengan mana-mana pihak.

“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari…Beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah”

“Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan beliau harap ampunkan dosa-dosa ibunda kami, jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami..”

“Dan yang pasti gambar bahagia itu diambil pada awal Ramadhan tahun ni sebelum PKP dan pasti bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami,” tulisnya

Ramai Cakap Allahyarham Individu Yang Baik

Redha dengan pemergian insan istimewa tersebut, Ozlyn berterima kasih kepada mereka yang mendoakan buat arwah ibunya biarpun ada diantaranya saling tidak mengenali. Di Insta-story, Ozlyn berkongsi ucapan daripada kenalan yang mana rata-rata menyifatkan arwah sebagai individu yang cukup baik dan peramah sepanjang hayatnya.

“Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yang beriman..
“Terima kasih pada semua yang tak henti-henti call text doakan ada yang tak kenal pun.. Yang DM tak henti-henti doakan untuk ibunda kami, SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” kongsinya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Di ruangan komen pula ,rata-rata peminat serta rakan selebriti membanjirinya dengan ucapan takziah selain menitipkan doa buat Allahyarhamah. Salam takziah buat Ozlyn dan Johan dari kami di Murai.my. Al-Fatihah!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ibu ozlyn watiozlyn
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara