Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Ibu Zayn Rayyan Dakwa Polis Paksa Dirinya Mengaku Bunuh Anak Sendiri Ketika Dalam Reman

by Puteri Alia
July 22, 2025
Share on Facebook

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf mendakwa dirinya telah dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya sendiri semasa ditahan reman selama 13 hari pada Jun tahun lalu. Kenyataan mengejutkan itu dibuat ketika Ismanira, 30, tampil sebagai saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan kes pengabaian terhadap anak autistik berusia enam tahun itu di Mahkamah Sesyen hari ini.

Menurut keterangan yang diberikan semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Haresh Mahadevan, siasatan terhadapnya dijalankan di sebuah banglo yang dikenali sebagai ‘safe house’ di Petaling Jaya, enam bulan selepas kematian Zayn. Sepanjang berada di bawah siasatan, Ismanira menegaskan dia telah memberikan kerjasama penuh namun tetap ditekan oleh pihak berkuasa yang didakwanya mengada-adakan cerita demi memaksa pengakuan.

“Mereka tuduh saya yang bunuh Zayn, kata saya yang jumpa dan saya yang bunuh. Tapi bila saya nafikan, mereka tetap tak puas hati,” ujar Ismanira. Dia turut mendakwa bahawa polis yang menjalankan siasatan terbahagi kepada dua kumpulan; satu yang bersimpati dan percaya dia tidak bersalah, serta satu lagi yang terus menekannya dengan tuduhan berat.

Pihak yang bersimpati, menurut Ismanira, menasihatinya agar bersabar dan melawan tuduhan yang tidak berasas itu sehingga tamat tempoh reman. Namun, tekanan daripada kumpulan polis yang tidak mempercayainya menyebabkan dia trauma dengan keseluruhan proses siasatan.

Mengenai tuduhan pengabaian yang dikenakan terhadapnya, Ismanira dengan tegas menafikan pernah mengabaikan Zayn sepanjang hidup anaknya itu. “Saya tidak pernah abaikan Zayn. Saya tidak ada di Blok R sepanjang masa seperti dalam pertuduhan, dan saya tidak pernah ke kawasan sungai. Saya betul-betul hilang anak hari itu,” katanya penuh emosi.

Ketika ditanya sama ada dia pernah membiarkan Zayn bersendirian, Ismanira menjawab bahawa satu-satunya masa dia tidak bersama anaknya adalah ketika bekerja dan semasa Zayn berada di sekolah. “Saya yang mengandungkan, melahirkan dan besarkan Zayn. Saya tak pernah biar dia sendirian,” katanya.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu. Bagaimanapun, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya.

Pihak pembelaan telah mengemukakan lima orang saksi termasuk Ismanira dalam prosiding bela diri yang dijangka berlangsung selama empat hari. Menurut pertuduhan pindaan, Ismanira dan suaminya didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal antara 5 dan 6 Disember 2023, di kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai hingga ke anak sungai berdekatan.

Kes ini dibicarakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemui pada keesokan harinya di anak sungai berhampiran rumah mereka, mencetuskan perhatian dan rasa simpati seluruh negara terhadap nasib kanak-kanak autistik itu.

polisZayyan Rayyan
https://lomp.at/x98hu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara