Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kenapa Perlu Stress?”- Ini Alasan Idris Khan Kenapa Tak Nak Ambil Tahu Jumlah Kes Harian Covid-19

by Puteri Alia
July 15, 2021
Foto - Instagram @theidriskhan

Foto - Instagram @theidriskhan

Share on Facebook

Ekoran kes harian jangkitan Covid-19 meningkat sehingga 11 ribu lebih dalam tempoh dua hari ini, orang ramai meluahkan rasa gusar dan tekanan mereka di sosial media.

Bukan itu saja, ramai yang bertanya pendapat pada artis pilihan masing-masing mengenai isu ini seperti Idris Khan.

Salah seorang peminat Idris Khan bertanyakan pendapat aktor kacak ini mengenai kes harian Covid-19 yang kini mencecah 11 ribu lebih.

Tak Perlu Stress Kan Diri Sendiri

Menjawab soalan yang ditanya oleh peminatnya di Instagram Story, Idris Khan mengakui bahawa dirinya tidak melihat langsung mahupun mengambil tahu jumlah kes harian kerana ia hanya membuatkan diri sendiri berasa tertekan.

Tambah lagi, Idris Khan juga menyatakan jumlah kes tinggi adalah kerana ramai yang diuji di negeri Selangor dan jika kerajaan membuat ujian besar-besaran di negeri lain pasti jumlahnya juga akan naik sama.

“Sejujurnya saya tak tengok dan tak ambil tahu pasal berapa jumlah kes harian. Kenapa perlu stress kan diri sendiri? Apa yang kita boleh buat? Nombor itu tinggi sebab ramai yang diuji di Selangor. Kalau negeri lain pun buat ujian besar-besaran saya yakin nombornya lagi tinggi dari itu.

Dan kalau Selangor tak buat ujian besar-besaran mungkin kes 2000 saja. Jadi jangan fokus sangatlah nombor-nombor itu.” Tulisnya

Nasihatkan Netizen Jaga Kesihatan Dan Pemakanan

Foto – Instagram @theidriskhan

Selain itu, aktor ini juga menasihati orang ramai untuk fokus pada penjagaan kesihatan dan pemakanan bagi meningkatkan sistem imuniti diri.

“Jaga diri jaga kesihatan makan pemakanan yang sihat, buah-buahan, sayur-sayuran. Setiap hari wajib makan, tingkatkan imuniti itu yang paling utama.” Tulisnya lagi

Betul juga itu, daripada tertekan melihat jumlah kes harian lebih baik utamakan kesihatan diri dan jaga pemakanan yang sihat macam Idris Khan sarankan.

covid-19idris khan
https://lomp.at/8i6cg
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
Lokal

Firdaus Wong Bersuara Isu Adegan Ranjang Dalam Persembahan Teater-“Apakah Perlu Melakonkan Babak..”

by Naddy Joe
April 16, 2026

Pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil bersuara terhadap isu adegan ranjang sebuah persembahan teater yang menyertai pertandingan Karnival Teater (KARVITER) di...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Syatilla Melvin Bersyukur Dapat ‘Contact’ Semula Azar Azmi, Netizen Pilu

by Naddy Joe
April 13, 2026

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin membuat perkongsian bersama peminat di media sosial apabila dia dapat menghubungi semula rakan selebriti, Azar...

Read moreDetails
Lokal

Tareq Fit Anggap Konsert Raya Siti Nurhaliza Hiburan Yang Haram? Peminat Kecam!

by Naddy Joe
April 20, 2026

Jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit kembali mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik hantaran mengenai Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara