Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Ingat Lagi? 5 Konsert Ini Pernah Cetuskan Kontroversi di Malaysia

by Phic ARMAN
April 14, 2018
Share on Facebook

Pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk menantikan kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic yang akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Dah beli tiket ke belum?

Kami difahamkan tiket yang paling murah kategori CAT4 berharga RM178 telah habis dijual, sementara tiket tempat duduk VIP (RM668) juga semakin laris. Nampaknya yang tinggal, tiket menerusi beberapa kategori lain iaitu RM578 (Rock Zone), RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor), RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor) dan RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas).

Jadi jangan tunggu lagi, takut soldout!

Harap Berjalan Lancar

Kami di murai.my berharap sangat konsert Onerepublic kali ini berjalan lancar tanpa sebarang bantahan dari mana-mana pihak. Mana tidaknya, macam-macam hal yang berlaku jika ada artis antarabangsa mahu mengadakan konsert di Malaysia. Tahun lepas saja ada beberapa konsert terpaksa dibatalkan di saat-saat terkakhir.

Sebenarnya kontroversi konsert yang diadakan di negara kita sudah berlaku sejak dulu lagi. Berikut kami rangkumkan beberapa konsert besar yang pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia.

Mariah Carey

Foto: Mstar

Kali kedua selepas 10 tahun, Mariah sekali lagi mengadakan konsert di Stadium Merdeka iaitu konsert jelajah Mariah Carey The Elusive Chanteuse Show Tour in Malaysia. Konsert itu dihadiri penonton berjumlah kira-kira 12,000 orang. Konsert ini tidaklah cetuskan kontorversi yang besar. Cuma berlaku tragedi yang tak diduga ketika konsert.

Semasa konsert berlangsung tiba-tiba bertukar suasana cemas seketika gara-gara berlakunya kebakaran kecil sewaktu diva Pop antarabangsa ini sedang rancak membuat persembahan.

Insiden tersebut berlaku sewaktu Mariah sedang mengakhiri nyanyiannya menerusi lagu ‘Hero’ dan sejurus itu pentas dipenuhi dengan percikan bunga api. Secara tiba-tiba percikan api tersebut menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas dan menyebabkan kebakaran kecil.

Jennifer Lopez

Foto: Malaysian Digest

Konsert Jennifer Lopez di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur adalah sebahagian dari siri Konsert Jelajah Dunia Dance Again 2012. Mematuhi garis panduan yang dikenakan, penyanyi berdarah Latin itu tampil sopan di Konsertnya.

Bagaimanapun 30 minit terakhir, stadium merdeka bertambah panas apabila Jlo begitu yakin malah ‘berani’ tampil dengan bodysuit kombinasi rona hitam dan warna kulit juga legging lace lalu meneruskan persembahan dengan lagu On The Floor.

Habis saja lagu, diva yang pernah dirai sebagai wanita paling cantik di dunia ini berdiri di tengah-tengah pentas memerhati segenap arena sambil tergelak besar dan membiarkan penonton menatap sepuas-puas tubuh seksinya itu

Michael Jackson

Konsert Michael Jackson HIStory World Tour ’96 pada mulanya dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad 27 Oktober 1996 di Stadium Shah Alam, Selangor.  Walau bagaimanapun, lebih kurang 2 minggu sebelum konsert berlangsung, pihak kerajaan negeri Selangor telah bertindak membatalkan konsert tersebut dengan menarik balik permit persembahan. Dalam erti kata lain, Selangor mengharamkan konsert Michael Jackson.

Oleh kerana lokasi asal tidak dapat digunakan dan tiket juga telah terjual serta persiapan telah dilakukan, maka pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi konsert ke Stadium Merdeka.

Memandangkan jumlah jangkaan penonton yang pastinya akan melebihi kapasiti Stadium Merdeka, maka konsert Michael Jackson telah ditambah sehari lagi, iaitu pada 29 Oktober 1996.

Pussycat Dolls

Foto: Hype Malaysia

Kumpulan Pussycat Dolls dari Amerika Syarikat pernah muncul beraksi di pentas Taman Tema Sunway Lagoon, Kuala Lumpur. Penampilan mereka disifatkan menjolok mata. Pakaian mereka keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya timur masyarakat Malaysia.

Banyak pihak mempersoalkan bagaimana pakaian kumpulan itu boleh ‘dilepaskan’ oleh pihak berkuasa.

Selena Gomez

Dengan protes terhadap imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert Jelajah Revival Malaysia, Selena Gomez dan penganjur konsert mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan berpakaian sopan.

Seminggu sebelum konsert Selena, Pemuda PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap artis itu membuat persembahan di Malaysia kerana bimbang imej seksi dan persembahannya akan mencemarkan kemuliaan bulan Syawal.

Exco Hal Ehwal Islam Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor menganjurkan solat hajat supaya konsert Selena dibatalkan.

https://lomp.at/4shgg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore