Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Berpeluk Dengan Minah Tudung” – Netizen Dakwa Ismail Izzani Curang, Bunga Isme Nafi Wanita Yang Dimaksudkan

Bagaimanapun,menerusi carian terkini Murai.my, ciapan tersebut telah pun dipadam oleh pengguna itu.

by Khai Azfar
November 3, 2021
Share on Facebook

Sejak petang Selasa, tular di laman Twitter mengenai ciapan seorang netizen yang mendakwa seorang penyanyi remaja lelaki popular pernah berlaku curang dengan teman wanitanya suatu ketika dahulu.

Dakwa Ismail Peluk Gadis Bertudung 

Meskipun tidak menyatakan nama, namun berdasarkan ‘quote’ sebuah ciapan mengenai kisah percintaan  Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang kini terlerai, jelas merujuk kepada penyanyi lelaki itu.

Dalam ciapan yang diulang-kicau (Retweet) seramai 3 ribu pengguna selain turut disukai oleh lebih 7 ribu pengguna laman Twitter lain, netizen tersebut berasa lega kerana penyanyi itu tidak lagi bersama teman wanita nya. Dalam perkongsian yang sama, penyanyi itu dikatakan telah memeluk seorang gadis lain yang digambarkan sebagai wanita berhijab di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

“Bagus la pun break, kan awak curang dekat Starbucks Great Eastern Mall berpeluk dengan minah tudung kesukaan ramai tu” ciapnya

Bunga Nafi Mempunyai Kaitan 

Bagaimanapun,menerusi carian terkini Murai.my, ciapan tersebut telah pun dipadam oleh pengguna itu. Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi rap berhijab pertama di Malaysia, Bunga Isme menafikan dia adalah wanita yang dimaksudkan oleh netizen itu. Dalam ciapannya, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari turut menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah.

“Jawapannya, bukan aku. Jangan sebarkan fitnah” tulis Bunga 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Bunga turut terkejut apabila penyanyi itu dikaitkan dengan Ismail hanya kerana dia memakai tudung serta dikenali ramai. Terdahulu, menerusi temubual bersama Melodi, Ismail akui sudah berpisah dengan pelantun Aroma itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bunga IsmeIsmail Izzani
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara