• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Isteri Tolong Lap Darah Terpancut Keluar Dari Mulut, Mawi Disihir Mati Selama 15 Minit!

by Puteri Alia
May 12, 2023
Share on Facebook

Masyarakat Muslim Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang moden. Namun, realitinya dalam kehidupan sebahagian kita ada yang masih banyak amalan khurafat yang dipraktikkan.

Amalan sihir menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu yang dilakukan oleh pihak yang ingin membalas dendam terhadap individu yang tidak disukai.

Sihir adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Memetik sumber sahih, Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni mengupas sihir sebagai ikatan halus, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir termasuk kesengsaraan hati dan akal seseorang tanpa menyentuh jasad secara langsung.

Menceritakan soal ini, baru-baru ini penyanyi, pengarah dan penyampai radio, Mawi mendedahkan dia pernah mengalami situasi menakutkan apabila ‘seolah-olah mati’ selama 15 minit dipercayai akibat terkena sihir.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, berkata, kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu itu amat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir-hampir meragut nyawanya.

“Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-olah mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

“Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu.

“Saya memang tak ingat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran Wan Ajaib dan Mawi World bersama media, semalam.

Menurutnya, Ekin dilihat mengelap dan mencuci darah yang keluar daripada mulutnya yang dengan darah itu membuak keluar seperti ‘lava’ gunung berapi.

“Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.

“Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal.

“Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan,” katanya.

Mawi berkata, peristiwa yang berlaku ketika dia berusia 34 tahun itu membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat

Bagaimanapun, Mawi tidak menuduh atau mengesyaki ia kerja sihir mana-mana pihak, sebaliknya bertindak memperbaiki kekurangan dirinya.

“Saya tetap menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terhadap sihir dan juga perkara ghaib. Kita tak tahu dan saya pun tidak pernah menuduh. Jujurnya, saya bersyukur Allah beri saya rasa semua itu dan saya akui semua itu menginsafkan saya.

“Sihir ini wujud, jadi kita sentiasa beringat. Selain solat sunat dan membaca Al-Quran, amalkan zikir seperti Asmaul Husna, Allah ada 99 nama, satu hari kita sebut satu nama berulang-ulang pun sudah memadai,” katanya.

Baginya, kejadian pendakwah dan penceramah bebas popular, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang dikatakan disihir bukanlah mustahil kerana dia pernah mengalaminya sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Harian Metro, Mawi memaklumkan filem terbaru arahannya, Zim Zim Ala Kazim yang diinspirasikan dari pengalaman sebenar dilalui Ustaz Kazim mendapat reaksi positif daripada bakal pengedar.

“Mulanya nak ditayangkan di Astro First tapi mereka yang dah tonton puji dan kata patut ditayangkan di pawagam. Jadi saya kena buat beberapa perubahan bagi membolehkan ia ditayangkan di pawagam nanti,” katanya.

mawi
https://lomp.at/2hc4s
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

Pengurus Cik Lan Perjelas Isu Kehilangan Jam Suami Bonda Rozita-“Jam Itu..”

by Naddy Joe
December 30, 2025

Baru-baru ini tular di media sosial apabila suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad diganggu makhluk halus...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @chazynash (IG) / @fatinmorat (Threads)
Lokal

Chazynash Selamat Bertunang, Netizen Sebak Baca Hantaran Bekas Isteri

by Nurul A.
December 26, 2025

Pempengaruh media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, baru-baru ini mengumumkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore