Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Isu Tak Bayar Jurusolek Sejak 2019 Curi Perhatian, Mimi Lana Akui Kekhilafan

by Nurul A.
January 12, 2026
Foto - @missmimilana (IG)

Foto - @missmimilana (IG)

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon jelita Mimi Rozaiana Zainal Abidin, atau lebih mesra disapa sebagai Mimi Lana, menjadi perhatian ramai selepas beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang jurusolek.

Kenyataan permohonan maaf itu dimuat naik di platform Threads, apabila Mimi akui kekhilafan sendiri terlepas pandang mengenai isu bayaran terhadap jurusolek berkenaan sejak tahun 2019.

“Saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terlepas pandang tentang ini. Tapi terima kasih atas peringatan ini. Kalau tak, saya pun dah tak ingat.”

View this post on Instagram

Mengakui kesilapan dirinya, Mimi memaklumkan bahawa beliau terlepas pandang mesej berkaitan bayaran tersebut. Namun jelas Mimi, dia menyedari tentang isu berkenaan selepas menyemak mesej peribadi yang diterimanya.

“Saya nampak Thread awak. Dan saya tahu awak bercakap tentang saya sebab saya yang komen dekat orang tu macam tu dan saya ingat beberapa kali awak menyolek saya dulu. Maafkan saya, tadi saya baru semak awak punya DM (Mesej Langsung). Ada 1 peringatan DM daripada awak untuk membayar 200 dari tahun 2019.”

View this post on Instagram

“Setakat ini saya tak pernah lagi tak bayar mana-mana jurusolek. Kalau ada tolong telefon atau mesej pembantu peribadi saya. Kadang-kadang ada benda yang saya terlepas pandang, and selalunya bayaran ni pembantu peribadi/pengurus yang akan selesaikan untuk saya.”

Pada masa yang sama, Mimi Lana menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menganiayai mana-mana pihak dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

View this post on Instagram

“Maafkan kami terlepas pandang. Walaupun jumlahnya kecik bagi kami, tapi besar bagi orang yang dah bekerja. Tak sepatutnya berlaku. Saya minta maaf sekali lagi.”

Untuk makluman semua, seorang pengguna Threads mendedahkan bahawa seorang selebriti “culas” dalam membuat bayaran selepas menggunakan khidmatnya sebagai seorang jurusolek walaupun sudah diberi peringatan beberapa kali sejak tahun 2019.

[VIDEO] Gelagat Syafiq Kyle & Mimi Lana Shopping Periuk, Raih Perhatian Ramai!-"Sayang I Nak Dua"
Mimi Lanamimilana
https://lomp.at/zwlc1
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khai & Rosma ‘Sanding’ Di Atas Pelamin, Curi Perhatian Netizen-“Kekal Awet Muda..”

by Naddy Joe
December 29, 2025

Pasangan selebriti program Akademi Fantasia musim pertama, iaitu Khai dan Rosma mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa foto keluarga mereka...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore