Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Tak Perlu Beria Dengan Kehidupan Orang Lain”-Izreen Azminda Titip Pesanan Buat Penyebar Fitnah

Dia turut berharap agar si penyebar fitnah untuk tidak terlalu taksub dengan kehidupan orang lain

by Naddy Joe
December 30, 2021
Share on Facebook

Selepas memberikan penjelasan mengenai isu bersama suami, Ude Wahid yang dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram, terbaru elakon  Izreen Azminda tampil bersuara meminta penyebar fitnah untuk henti kaitkan dirinya dengan perkara yang negatif.

Titip Pesanan Kepada Penyebar Fitnah 

Menerusi sebuah hantaran beserta kapsyen panjang di Instagram, Izreen seakan hilang sabar dan kecewa dengan sikap sesetengah individu yang tidak henti memfitnah dan mencari kesalahannya terutama melibatkan ‘pihak’ tertentu sejak sekian lama.

“MANUSIA NAMPAK HEBAT SEBAB AIBNYA MASIH ALLAH TUTUP! Jadi bersederhanalah dalam semua benda..Jangan pulun dan ambik kesempatan sangat!

Dah boleh STOP dah kot kaitkan benda-benda yang tak sepatutnya di media sosial “SESAPA” pun.

Dok banding itu dok banding ini serupa tidoq sebantai..serupa dah nampak masa depan yada yada..”- tegas Izreen

Tambah Izreen lagi. dia turut berharap agar si penyebar fitnah untuk tidak terlalu taksub dengan kehidupan orang lain dan mejadi punca kepada pergaduhan.

“Takdak sapa pun yang sempurna..Jadi tak perlu beria sangat dengan kehidupan orang lain..Chill chill ja jangan taksub sangat! Bukan dapat duit pun kan! Masing-masing pun dah berkeluarga..Anak-anak pun makin besaq ..

Benda pun dah makan tahun..Boleh berenti dah kot dari dok komen merapu dan jadi batu api! Baik komen yang baik-baik doa baik-baik ja tanpa dok kaitkan ngan mana-mana pihak!”- kongsi Izreen lagi

View this post on Instagram

A post shared by I.z.R.e.e.N.a.z.M.i.n.d.A (@izreen.azminda)

Jadi Pertikaian Netizen

Walaubagaimanapun, menerusi ruangan komen di posting Izreen, segelintir netizen mempertikaikan kenyataan tersebut dan menyifatkan pelakon ini seperti ‘mudah melatah’.

“Tapi belah sana takde buat apa-apa pun. Dia throwback pun takde memburukkan..Rasa dia dah lama move on..Kalau tak takde la kahwin kan…Takpelaa kita orang luar taktau apa-apa..Tak boleh nak cakap. Takde kat situasi..Harapnya takde jadi masalah teruk kan..Semoga baik-baik semua..”-Netizen

“Saya follow dua-dua..Saya takpernah nampak belah sana buka aib dia ni..Tang mana yang tak move on..q&a netizen yang tanya..Hak dia la nak jawab..Tapi tak pernah la memburukkan.”- komen Netizen

Kecewa dengan tohmahan tersebut, Izreen tampil menasihati mereka untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Menerusi carian Murai.my terkini, ruangan komen pada hantaran itu telah pun dinyahaktifkan.

Terdahulu, Izreen tampil memberikan penjelasan selepas timbul spekulasi yang mendakwa dia dan suami  saling tidak mengikuti akaun Instagram mereka. Walaubagaimanapun, Izreen menjelaskan mereka sudah lama berbuat demikian dan kehidupan mereka juga berada dalam keadaan bahagia.

izreen azmindaude wahid
https://lomp.at/94799
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara