Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jaclyn Chia Hadir Dengan “Joget Mengikut Rasa” Yang Menemukan Irama Etnik Sabah Dan Rentak Joget

by Aphit J.
June 24, 2023
Share on Facebook

Joget Mengikut Rasa, nyanyian oleh Jaclyn Chia adalah single terbaru terbitan Luncai Emas daripada album kompilasi, Joget Made In Malaysia.

Dinyanyikan Oleh Penyanyi Sabah

Lagu ini dicipta oleh Shaiffulhan Saidin manakala liriknya pula ditulis oleh S. Amin Shahab.

Jaclyn Chia atau nama sebenarnya Chia Jia Yi merupakan seorang penyanyi dan penari berasal dari Sabah, telah dipilih untuk menyanyikan single ini.

Jika di Sabah, Jaclyn banyak menyertai pertandingan nyanyian dan tarian sejak beliau berumur 4 tahun lagi.

Pertandingan-pertandingan di Sabah itu kebanyakannya mendapat tempat Juara mahupun pertandingan di luar negara seperti di Beijing, China.

Dirakamkan Di Sabah

via Luncai Emas

Menurut komposer, single ‘Joget Mengikut Rasa’ ini dipersembahkan dengan irama etnik dari Sabah disamping mengekalkan rentak joget dengan menggunakan alat-alat muzik seperti Sompoton, Bungkau, Rebana, Kulingtangan dan Gong.

Rakaman produksi ini dirakam di Sabah sepenuhnya dan dikelolakan oleh penerbit single, Shaiffulhan Saidin dengan kerjasama Jinn sebagai penggubah dan jururakam.

Sebuah video muzik ‘ Joget Mengikut Rasa’ nyanyian Jaclyn Chia telah dibuat penggambarannya di Kampung Binsolok Membakut, Sabah, arahan oleh Bryan Kouju.

Boleh Di Strim Semua Platform

Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha sinlge joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua atau muda dan daripada radio, televisyen, media cetak & elektronik dari kalangan tempatan mahupun dari kalangan tempatan Sabah.

Single ini boleh didengari di semua platform streaming di Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll serta video muziknya juga boleh mula tonton di youtube Luncai Emas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Jaclyn Chia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara