Friday, August 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Jaga-Jaga! Ini Buruknya Silent Treatment Pada Perhubungan Kena Tahu

by Rory Kim
December 9, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

86
KONGSIAN
Share on Facebook

“Silent treatment hanya akan mengeruhkan keadaan pada sesebuah perhubungan. Kamu tidak dapat lari daripada untuk berfikir negatif bila dalam silent treatment, jadi berkomunikasilah.”

Silent treatment, merupakan satu keadaan bila kamu memilih untuk terus diam dan memendamkan rasa tanpa berkomunikasi di antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita menggunakan silent treatment dalam apa jua keadaan, termasuklah hubungan romantis dengan pasangan.

Silent treatment adakalanya boleh menjadi bentuk penderaan emosi, jika seseorang menggunakannya untuk mengawal dan memanipulasi yang lain.

Kenapa agaknya ada orang memilih untuk melakukan silent treatment?

  • Mengelak

Dalam beberapa kes, orang diam dalam perbualan kerana mereka tidak tahu apa yang harus dikatakan atau ingin mengelakkan konflik.

  • Komunikasi

Seseorang menggunakan silent treatment jika mereka tidak tahu bagaimana meluahkan perasaannya tetapi mahu pasangannya tahu bahawa mereka kecewa.

  • Hukuman

Sekiranya seseorang menggunakan silent treatment untuk menghukum seseorang atau mengawalnya, ini adalah bentuk penderaan emosi.

Bagaimana silent treatment boleh mempengaruhi hubungan?

Dalam kebanyakan kes, menggunakan silent treatment bukanlah cara yang produktif untuk mengatasi perselisihan faham.

Penyelidikan Taylor & Francis Online, menunjukkan bahawa lelaki dan wanita menggunakan silent treatment dalam hubungan. Namun, komunikasi yang jelas dan langsung sangat penting untuk hubungan yang sihat. Menggunakan silent treatment menghalang orang menyelesaikan konflik mereka dengan cara yang bermanfaat.

  • Merosakkan perhubungan

Apabila satu pasangan ingin membincangkan masalah tetapi yang lain menarik diri, ia boleh menyebabkan emosi negatif seperti kemarahan dan kesusahan, keadaan ini boleh membawa kepada perhubungan toksik.

Oleh kerana itu, silent treatment boleh memberi kesan kepada kesihatan hubungan, walaupun orang yang diam berusaha mengelakkan konflik.

  • Menyebabkan trauma emosi atau tekanan

Pelbagai emosi luar biasa datang bila kita diendahkan. Seseorang mungkin mengalami kemurungan, kemarahan dan kekecewaan, perasaan gelisah, pengasingan dan penolakan, rasa bersalah, kesepian dan putus asa, bahkan mungkin rasa pengkhianatan atau kepahitan.

  • Mempunyai kesan sampingan fizikal yang serius

Terdapat bahagian otak kita yang direka khusus untuk mengesan tahap kesakitan yang berbeza. Ia dipanggil anterior cingulate cortex, dan ia aktif apabila seseorang menerima silent treatment.

Gejala boleh termasuk dari sakit kepala hingga cirit-birit atau sembelit hingga sakit perut, serta insomnia, kegelisahan dan keletihan. Keadaan tekanan emosi boleh menyebabkan risiko kesihatan yang lebih serius, seperti gangguan makan, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, pembekuan darah, masalah kencing dan usus, disfungsi ereksi, dan barah.

perhubungan cintaSilent treatment
https://lomp.at/4yt1k
Share34Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem