Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Jaga Kulit Wajah Cara Datin Shahida Di Rumah, Geng Surirumah Patut Cuba Petua Simple Ini!

by Soph Azz
November 6, 2023
Foto - Nur Shahida Mohd Rashid (FB)

Foto - Nur Shahida Mohd Rashid (FB)

Share on Facebook

Di antara ramai wanita, Miss Murai suka melihat penampilan Datin Shahida. Mana taknya, isteri kepada Dato’ Aliff Syukri ini sentiasa tampil elegan dan cantik walaupun mengenakan solekan yang tipis.

Sekadar info, ibu kepada enam orang anak ini sudah pun berusia 38 tahun. Meskipun sibuk menguruskan anak, suami dan kerja rumah, tak dinafikan kulit Datin Shahida masih lagi nampak awet muda dan sangat mulus.

Agak-agaknya apa yang Datin Shahida amalkan untuk dapatkan kulit sebegitu?

Tips Cantik Datin Shahida

Untuk pengetahuan kamu, walaupun Datin Shahida adalah suri rumah dan juga usahawan, beliau akan mencari masa untuk menjaga kecantikannya. Antaranya adalah dengan bersenam dan sentiasa menjaga penampilan.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Datin Shahida yang baru melahirkan anak yang keenam pada awal tahun ini memberitahu yang dirinya sangat menjaga kesihatan badan pada usia 38 tahun. Dedahnya, bersenam secara berkala membuatkan dirinya lebih cergas untuk melakukan kerja di rumah dan juga pejabat.

Apabila bersenam, badan dapat membuang toksin melalui peluh, membakar kalori, mengurangkan stress, melancarkan peredaran darah dan mencantikkan lagi kulit wajah.

Selain itu, Datin Shahida juga memberitahu yang dirinya sangat menyukai hidangan ulam dalam setiap makanannya. Tak kiralah apa jenis ulam, ianya memberikan khasiat yang sangat bagus pada badan dan kulit.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Untuk solekan pula, isteri Dato’ Aliff Syukri ini sangat menyukai untuk mengenakan solekan tipis. Yang biasanya, beliau akan mengenakan powder foundation, blusher dan hanya gincu. Cukup ringkas dan menaikkan serinya.

Bagi Miss Murai, tips kecantikan Datin Shahida ini sangat sesuai untuk golongan surirumah. Ingat duduk rumah saja pun kena bersiap, untuk beri keyakinan pada kamu!

Selamat beramal~

[VIDEO] Datin Shahida 'Survey' Sekolah Baharu, Gelagat Anak-Anak Curi Perhatian Netizen
datin shahidapetua cantik datin shahidatips datin shahida
https://lomp.at/lnk9h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore