Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 33 mencuri perhatian ramai.
Eric menegaskan artis baru tak perlu terburu-buru melabur bajet besar untuk hasilkan lagu raya dulu. Sebaliknya, fokus utama patut diberikan kepada pembinaan identiti muzik, kuatkan single sendiri dan kalau mampu, barulah fikir nak hasilkan album.
Menurutnya, lagu raya biasanya hanya dimainkan dalam tempoh singkat, sekitar dua minggu kecuali kalau benar-benar mempunyai elemen “hype” atau berpotensi jadi evergreen.

Netizen Pun Ada Yang Setuju
Kenyataan itu nampaknya mendapat sokongan daripada sebahagian netizen. Ramai yang berpendapat memang ada artis baru yang terlalu awal keluarkan lagu raya semata-mata nak tengok reaksi pasaran.
“Tulah bos, faham perasaan semua nak turun keluarkan single raya sebab masing2 tengah test market penerimaan, sampai abaikan mase utk pemilihan material single yg bagus dpt dilakukan, mereka nak tgk market je bleh trima or tak buat maseni
Ada yang melihat pendekatan itu lebih kepada percubaan untuk tengok sama ada lagu diterima atau tak, berbanding fokus membina karya yang benar-benar matang dari segi konsep dan kualiti.
Menariknya, penyanyi Shila Amzah juga dilihat turut repost kenyataan tersebut, sekali gus membuatkan perbincangan ini makin meluas dan jadi topik hangat dalam kalangan penggiat industri.
Lagu Raya Agy Didakwa Sudah Ditakedown?
Dalam perkembangan lain yang turut mencuri perhatian, menurut hantaran seorang individu di Threads, lagu raya Agy yang baru-baru ini tular menerusi judul ‘Lala Raya’ dikatakan sudah ditakedown.
Difahamkan, tindakan itu berlaku selepas lagu berkenaan didakwa menerima jumlah dislike yang agak banyak. Walaupun belum ada penjelasan rasmi mengenai sebab sebenar penurunan tersebut, isu ini terus menjadi bualan netizen dan dikaitkan dengan realiti cabaran apabila karya terus diuji di platform digital.

Perkongsian ini nampaknya berdiri sebagai contoh bagaimana tidak semua percubaan “test market” akan berakhir dengan hasil yang diharapkan.
Industri memang cepat berubah. Semua orang nak relevan dan nampak bergerak pantas. Tapi mungkin ada benarnya kukuhkan dulu identiti, baru fikir soal musim dan strategi jangka pendek.






