Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Jangan Terlepas! Ini Bantuan Komputer Riba Pelajar Setiap Negeri Yang Ramai Tengah Cari

by Ayu Kamaruddin
May 1, 2026
67
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi lepasan SPM yang bakal melangkah ke alam universiti, kolej atau matrikulasi, memiliki komputer riba kini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Dalam dunia pembelajaran yang semakin digital, laptop menjadi ‘survival kit’ utama untuk menghadiri kelas, menyiapkan tugasan dan mengakses bahan pembelajaran.

Berita baiknya, pelbagai bantuan laptop dan komputer riba disediakan di seluruh negari bagi membantu pelajar yang memerlukan terutamanya daripada keluarga B40. Ramai yang mungkin tak tahu, setiap negeri sebenarnya ada inisiatif tersendiri yang boleh dimohon.

Apa Itu Bantuan Laptop Pelajar?

Secara ringkas, bantuan laptop pelajar merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri, yayasan pendidikan atau agensi tertentu yang menawarkan komputer riba percuma, subsidi pembelian atau pinjaman peranti kepada pelajar yang layak.

Antara Bantuan Yang Ditawarkan Mengikut Negeri

Bagi lepasan SPM yang sedang mencari peluang mendapatkan komputer riba percuma atau bantuan subsidi pembelian laptop, berikut antara inisiatif yang boleh disemak mengikut negeri. Setiap bantuan mempunyai syarat kelayakan berbeza, jadi pastikan anda semak maklumat rasmi sebelum membuat permohonan.

  • Johor
    Bantuan Komputer Riba Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
    Terbuka kepada anak kelahiran Johor dengan pendapatan per kapita keluarga RM800 dan ke bawah.
    Rujukan: Portal rasmi Majlis Agama Islam Johor
  • Johor
    Bantuan Laptop Siswa Johor
    Inisiatif khas melalui Yayasan Pelajaran Johor untuk pelajar baharu IPTA/IPTS daripada keluarga B40.
  • Seluruh Malaysia
    Bantuan Peranti MADANI (PERMAI)
    Bantuan khas di bawah Program Sejahtera MADANI untuk pelajar cemerlang SPM/STPM daripada keluarga eKasih.
  • Negeri Sembilan
    Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan
    Membantu pelajar IPTA, politeknik dan institusi terpilih daripada golongan asnaf serta B40.
    Rujukan: Yayasan Negeri Sembilan
  • Selangor
    Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)
    Kemudahan pinjaman laptop dan desktop melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sehingga 180 hari.
  • Wilayah Persekutuan / Selangor
    Bantuan Komputer Riba MAIWP
    Dikhaskan untuk mahasiswa asnaf yang memerlukan komputer riba bagi tujuan pengajian.
    Rujukan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Terengganu
    Bantuan Komputer Riba MAIDAM
    Permohonan dibuat melalui sistem pemilihan dalaman berdasarkan data asnaf sedia ada.
    Rujukan: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Sabah
    Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Sabah
    Terbuka kepada pelajar IPT Bumiputera Sabah daripada keluarga eKasih.
  • Sarawak
    Bantuan Komputer Riba Yayasan Sarawak
    Menawarkan baucar sehingga RM3,000 untuk pembelian komputer riba kepada pelajar IPT tahun pertama daripada kategori B40 dan M40.
    Rujukan: Yayasan Sarawak

Cara Mohon Bantuan Laptop Pelajar

Secara umumnya, proses permohonan melibatkan beberapa langkah berikut:

  • Menyemak syarat kelayakan mengikut bantuan negeri.
  • Melayari portal rasmi agensi berkaitan.
  • Mengisi borang permohonan secara dalam talian.
  • Memuat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, surat tawaran IPT dan slip pendapatan.
  • Menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Pemohon juga disarankan untuk sentiasa menyemak status permohonan melalui portal rasmi dari semasa ke semasa.

Berhati-Hati Dengan Tawaran Palsu

Peringatan Murai, pelajar dan ibu bapa diingatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran bantuan laptop percuma yang dikongsi melalui Telegram, WhatsApp atau pautan tidak rasmi.

  • Pastikan semua permohonan hanya dibuat melalui portal sah yang menggunakan domain rasmi seperti “.gov.my” atau laman web rasmi yayasan negeri.
  • Maklumat peribadi tidak seharusnya dikongsi melalui pautan yang meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Bagi lepasan SPM yang sedang bersiap untuk melangkah ke alam pengajian tinggi, bantuan-bantuan ini boleh menjadi peluang penting untuk mendapatkan kemudahan pembelajaran yang lebih baik. Semak kelayakan anda dan buat permohonan secepat mungkin kerana kebanyakan program mempunyai kuota terhad serta tarikh tutup tertentu.

Kenapa Bantuan Ini Penting?

Bagi sesetengah keluarga, membeli laptop bernilai ribuan ringgit bukan perkara mudah. Sebab itu, bantuan seperti ini boleh jadi ‘game changer’ buat pelajar untuk terus fokus pada pelajaran tanpa perlu risau soal peranti.

Kalau anda lepasan SPM atau bakal sambung belajar, ini masa terbaik untuk mula semak peluang bantuan yang ada. Pesanan Murai buat adik-adik, jangan tunggu last minute baru nak cari info. Kadang-kadang peluang dah ada depan mata, cuma ramai terlepas sebab tak alert.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuan komputer riba
Share27Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara